Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ubah wang haram: Penipu tubuh syarikat, buka akaun bank di S’pura dari jauh

Sep 26, 2023 | 07:27 PM



Para penipu berupaya menubuhkan firma di Singapura dan memindahkan keuntungan yang diperoleh secara haram ke akaun bank di sini dengan mengeksploitasi peraturan yang longgar, yang membolehkan proses pendaftaran dijalankan dari jauh semasa pandemik Covid-19.

Secara keseluruhan, mereka memindahkan AS$3.4 juta ($4.65 juta) ke Singapura pada 2020 – wang yang mereka curi daripada syarikat yang berpangkalan di luar negara.

Pada Isnin (25 Sep), seorang lelaki warga China, Liang Jiansen, yang membantu penipu mendaftarkan syarikat di sini, didenda $9,000 atas kesalahan di bawah Akta Syarikat.

Penduduk tetap berusia 33 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan, yakni gagal menjalankan tanggungjawab untuk meneliti dalam tugasnya sebagai pengarah, dengan satu pertuduhan serupa diambil dalam pertimbangan untuk menjatuhkan hukuman.

Tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah jika penipu itu ditangkap.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Vincent Ong, berkata Liang, seorang akauntan bertauliah yang berpindah ke sini pada 2015, membuka firma setiausaha korporat pada 2020 kerana dia mendengar perniagaan itu menguntungkan.

Firmanya, Yuansen Business, mengenakan bayaran $800 untuk pakej termasuk pengarah nomini, perkhidmatan kesetiausahaan korporat dan alamat syarikat berdaftar. Pelanggan perlu membayar tambahan $100 hingga $150 jika akaun bank diperlukan untuk syarikat.

Kebanyakan pelanggan adalah dari China, dengan Liang sering mendaftarkan dirinya sebagai pengarah. Dia melakukan ini untuk memenuhi keperluan berkanun untuk pengarah penduduk tempatan.


Sehingga Januari 2021, beliau adalah pengarah 135 syarikat di Singapura.


DPP Ong berkata Liang bekerja dengan ejen yang merujuk warga China kepadanya. Beberapa ketika pada Ogos 2020, salah seorang daripada mereka merujuk pelanggan untuk menubuhkan syarikat di Singapura.

Ejen itu memberikan dokumen pengenalan diri dan pasport yang dikatakan milik individu itu dan Liang memperbadankan firma, Xin Yang Wu, pada 9 Ogos, dengannya sebagai salah seorang pengarah dan setiausaha.

Surat untuk syarikat itu dihantar ke pejabat Yuansen. Seorang lagi ejen kemudian menghubungi Liang dan memberitahunya untuk membuka dua akaun bank untuk Xin Yang Wu – satu untuk dolar Amerika (USD) dan satu lagi untuk dolar Singapura (SGD), dengan UOB.

Bank itu kemudiannya menghantar surat kepada Liang untuk membuka akaun bagi syarikat itu, yang ditandatanganinya dan dikembalikan. Liang telah mengambil langkah yang sama untuk memperbadankan firma lain, Zheng Yan, dan turut membuka akaun bank untuk firma ini di UOB pada bulan yang sama.

DPP Ong berkata sejumlah besar wang telah dipindahkan ke akaun itu tidak lama kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >