Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 berkala, jadual terkawal semasa lawatan

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



NAIB Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris akan perlu menjalani ujian Covid-19 berkala dan mempunyai jadual perjalanan yang terkawal untuk memastikan lawatannya ke Singapura nanti selamat, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung kelmarin.



Cik Harris dijadualkan untuk tiba di Singapura Ahad ini sebelum berangkat ke Vietnam Selasa depan.



Sewaktu sidang media kelmarin, wartawan bertanya pasukan bertindak berbilang kementerian Singapura bagi Covid-19 tentang protokol pandemik bagi Cik Harris dan perwakilannya.



Encik Ong berkata naib presiden berusia 56 tahun itu dan pasukannya akan menjalani ujian kerap dan dihadkan kepada jadual perjalanan di kawasan lebih selamat.



Beliau berkata jadual perjalanan mereka akan "dihadkan kepada kawasan yang lebih selamat, di mana perwakilan itu tidak akan mempunyai kontak bersama, contohnya, ramai warga emas, seperti di rumah," lapor akhbar The Straits Times.



Beliau juga berkata Singapura berbesar hati Cik Harris menjadikan Singapura perhentian pertamanya bagi lawatan pertamanya ke Asia.



Lawatan Cik Harris menyusuli lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin ke Singapura dan rantau ini lewat bulan lalu.



Encik Ong menyatakan ini bukan kunjungan pertama ke Singapura yang dilakukan orang kenamaan luar negara sewaktu pandemik ini.



Pada masa lalu, katanya, terdapat orang kenamaan lain dan mereka dikenakan protokol penjagaan kesihatan yang serupa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >