Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian swab buat lagi 2,000 pelajar, kakitangan SP selepas pelajar keempat positif Covid-19

May 21, 2021 | 12:44 AM



LAGI 2,000 pelajar dan kakitangan Sekolah Sains Kimia dan Hayat (CLS), Politeknik Singapura (SP), akan menjalani ujian Covid-19 selepas pelajar keempat diuji positif Covid-19 bagi virus ini.



Pelajar tahun dua CLS itu diuji positif Covid-19 pada Rabu (19 Mei), jelas jurucakap SP pada Khamis malam.



Kes ini kali terakhir berada di kampus pada pagi Sabtu. Beliau menampakkan tanda jangkitan empat hari selepas itu dan merujuk kepada doktor.



"Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan bahawa pelajar ini tidak berada dalam keadaan mudah menjangkiti ketika beliau berada di kampus," jelas jurucakap SP.



Sekitar 2,000 pelajar dan kakitangan CLS akan disertakan dalam fasa pertama latihan swab MOH di SP.



LathanĀ  ini bermula Jumaat lalu bagi 6.500 pelajar, kakitangan dan penyedia khidmat yang berada di kampus SP pada atau sesudah 29 April.



Sekolah-sekolah yang terjejas adalah Sekolah Pengkomputeran, Sekolah Media, Seni dan Reka Bentuk, Sekolah Perniagaan dan Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeronautikal.



Setelah fasa pertama latihan swab ini tamat, MOH akan menilai jika ada keperluan meneruskan latihan swab bagi pelajar dan kakitangan SP lain.



SP menambah individu yang terbabit akan diberitahu MOH mengenai butiran ujian swab mereka menerusi SMS.



Ā 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >