Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian swab mandatori bagi penduduk blok Hougang jalan lancar

May 22, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK di blok 506 Hougang Avenue 8, termasuk warga tua yang berkerusi roda dan kanak-kanak, menjalani ujian swab Covid-19 di kolong blok itu petang semalam (gambar).



Semua penduduk di 116 isi rumah di blok tersebut perlu menjalani ujian swab mandatori sebagai langkah berjaga-jaga selepas beberapa jiran di blok yang sama diuji positif bagi Covid-19.



Kakitangan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) yang memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) penuh dilihat mengendalikan ujian swab di empat stesen ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang disediakan.



Setiap stesen ditutup dengan hadangan dan kanvas putih.



Semasa Berita Harian ke sana sekitar 1.30 petang semalam, sekitar 10 orang dilihat sedang beratur untuk menjalani ujian swab.



Selang dua jam, orang yang beratur tiada lagi dan tempat ujian menjadi lengang.



Difahami, demi mengelak kesesakan di tempat ujian, sesi semalam yang berlangsung dari 1 petang hingga 8 malam dikhususkan bagi penduduk dari tingkat satu hingga enam, di blok 12 tingkat itu.



Sementara itu, sesi hari ini yang bermula dari 9 pagi hingga 4 petang pula diperuntuk bagi penduduk dari tingkat tujuh dan ke atas.



Setiap penduduk juga diberikan slot masa tertentu untuk datang menjalani ujian mereka.



Sebahagian penduduk yang keluar dari tempat ujian semalam dilihat memegang tisu dengan mata mereka dilihat berair selepas selesai mengambil ujian swab.



Mereka yang sudah menjalani ujian dinasihati untuk kekal duduk di rumah sehingga mereka mendapat keputusan ujian mereka pada hari selanjutnya.




Laporan lanjut :






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >