Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ular-lah dalam ruang enjin kereta!

Oct 29, 2023 | 07:01 PM



Seekor ular sawa kelihatan bersembunyi di bahagian enjin kereta yang terletak di sebuah tempat letak kereta awam di estet perumahan yang tidak diketahui lokasinya.

Dalam video di TikTok oleh seorang pelalu-lalang @sebastianraj07, ular sawa yang yang terperangkap dalam ruang enjin itu nampaknya telah menarik perhatian ramai orang yang lalu lalang dan juga warga net.

Seorang lelaki berbaju merah, dilihat memegang kayu panjang dan cuba menjolok keluar ular sawa itu dengan kayunya.

Sebaik saja beliau berbuat demikian, ular sawa itu cuba menyembunyikan diri dengan meluncur ke arah lebih dalam ruang enjin itu, sehingga tubuhnya hampir tidak kelihatan lagi. 

Mereka yang menyaksikan adegan ini menghalangnya dari mengancam dan menggerakkan ular itu, kerana ia akan menyukarkan lagi usaha untuk mengeluarkan ular itu nanti. 

Video itu telah ditonton oleh 232.k ribu warga net dan antara komen dalam video itu seakan tidak percaya perkara ini terjadi di Singapura.

Salah satu komen datangnya dari @🇸🇬❤️AmyScorpion❤️🇷🇺🇵🇸 yang berkata : “Saya fikir di Malaysia, tetapi di Singapura juga boleh terjadi. Kita mesti berhati-hati apabila membuka bonet.”

Ramai juga yang membuat anggaran bahawa binatang-binatang ini terpaksa keluar dari habitat semula jadi apabila banyak kerja pembinaan berlaku.

@user5732129015882 pula menambah : “Ini semua gara-gara ayam yang berkeliaran di sini…” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >