MASYARAKAT Islam Singapura mula berpuasa hari ini setelah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan 1442 Hijrah jatuh pada hari ini.
Dalam kenyataan sempena pengisytiharan awal Ramadan, Mufti berkata:
"Marilah kita menerima kedatangan tetamu Allah ini dengan hati yang suci dan niat yang murni, mencari kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat.
"Semoga Allah swt membantu kita mengatasi segala cabaran dan menjadikan kita manusia dan masyarakat yang lebih bertakwa."
Tarikh awal Ramadan di Singapura ditentukan mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims).
Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ialah $5.10 bagi kadar biasa dan $7.50 bagi kadar lebih tinggi untuk seorang.
Kadar zakat fitrah ditentukan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Muis dengan menggunakan harga purata 2.3 kilogram gred beras yang merupakan makanan utama masyarakat Islam di Singapura.
Mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya ini lazimnya perlu merancang dan memikirkan menu yang sesuai.
Berikut antara idea untuk menu majlis anda, sesuai untuk minggu ketiga Raya dan
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh

Pada 2005, Muis memperkenalkan kadar zakat fitrah dua peringkat untuk mempermudahkan urusan pembayaran zakat bagi mereka yang ingin membayar lebih daripada kadar biasa berdasarkan pemakanan gred beras yang lebih tinggi.
Orang ramai boleh memilih kadar yang bersesuaian dengan pemakanan harian mereka, dan zakat fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadan dan paling lewat pada pagi Hari Raya sebelum solat Aidilfitri.
Bagaimanapun, masyarakat Islam dinasihati supaya membuat pembayaran awal.
Masyarakat Islam setempat digalak untuk menunaikan kewajipan zakat secara digital melalui kaedah dalam talian menerusi portal zakat yang telah dipertingkatkan di www.zakat.sg.
Mereka juga boleh membayar zakat fitrah melalui salah satu cara berikut:
1) Mesin AXS di seluruh negara
2) Bayaran dalam talian menerusi laman web DBS/POSB https://internet-banking.dbs.com.sg dan CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.sg
3) Pemindahan wang di ATM DBS/POSB
4) Secara tunai atau NETS di pejabat Muis dan masjid-masjid tertentu
5) Cek yang dibayar kepada Muis.