Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang baru larang penjualan kotak penstriman media

Jan 17, 2019 | 05:02 PM



UNDANG-UNDANG baru akan dibentangkan di Parlimen tahun ini untuk melarang penjualan kotak penstriman media dengan perkhidmatan tambahan yang membantu pengguna mengakses kandungan cetak rompak.



Kejelasan tentang hal tersebut menyusuli kajian tiga tahun oleh Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Pejabat Hak Milik Intelektual Singapura (Ipos) mengenai undang-undang hak cipta Singapura.



Sebelum ini, kedudukan kotak penstriman media itu tidak jelas dari segi undang-undang sedang pemegang hak cipta mendapatinya sukar untuk menggunakan saluran undang-undang biasa yang dibuat dalam era DVD ke atas penjual kotak atas set (set-top) yang meraih keuntungan daripada penjualan perkhidmatan tambahan, lapor akhbar The Straits Times.



“Kami berpendapat pindaan perundangan diperlukan untuk menjelaskan kedudukan dasar kami dan tindakan yang boleh diambil terhadap peruncit kotak atas set tersebut,” kata MinLaw dalam Laporan Semakan Hak Cipta yang dikeluarkan hari ini. 



“Langkah-langkah, yang tidak wujud hari ini, akan menjelaskan bahawa perbuatan seperti mengimport dan menjual alat sedemikian adalah dilarang,” kata kementerian itu dalam kenyataan berasingan.



Kajian itu melibatkan dua perundingan awam, tiga sesi perbincangan dewan perbandaran serta 10 sesi pendekatan yang dijalankan sejak Ogos 2016.



Maklum balas telah didapatkan daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengguna, industri dan persatuan perdagangan, perniagaan, pengamal harta intelek serta ahli akademik.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >