Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Underwater World didenda $105,000 kerana langgar peraturan keselamatan

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



UNDERWATER World Singapore (UWS) didenda $105,000 kelmarin kerana didapati melanggar langkah keselamatan yang dikesan menyusuli kematian seorang penyelam yang disengat ikan pari pada 2016.



Antara lain, tarikan Sentosa yang kini tidak lagi beroperasi itu telah gagal menyediakan prosedur pemulihan cukup dalam kecemasan sewaktu operasi menyelam.



Ia juga gagal melaksanakan satu sistem untuk merekod pemeriksaan alat menyelam sebelum ia digunakan.



UWS, yang dimiliki Haw Par Leisure dan berhenti beroperasi pada Jun 2016, telah disabit kesalahan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.



UWS mengakui di mahkamah daerah pada Januari bahawa ia telah gagal mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pekerjanya, lapor The Straits Times.



Bagaimanapun, mahkamah mendengar bahawa kesilapan itu tidak mengakibatkan kematian Encik Chan Kum Weng.



Lelaki berusia 62 tahun itu telah bekerja di UWS selama 25 tahun.



Tarikan itu telah melantiknya untuk merancang dan melaksanakan penangkapan haiwan marin sebelum dan setelah ia ditutup.



Encik Chan dan rakan-rakan kerjanya sedang cuba menangkap seekor 'leopard ray' sekitar 2.30 petang pada 4 Oktober 2016, apabila ia tiba-tiba menyerang beliau.



Cangkuk berbisa di ekornya menusuk dada beliau. Mendiang dibawa ke Hospital Besar Singapura, di mana beliau meninggal dunia sekitar 3.30 petang hari itu.



Punca kematian ialah "kecederaan ekoran tusukan cangkuk ikan baru ke dada".



Pada 1 Mac 2017, Koroner Negeri Marvin Bay ketika itu mendapati kematian Encik Chan sebagai nahas tragik.



Menyusuli tragedi itu, siasatan mendedahkan bahawa UWS tidak mendokumen prosedur kerja selamat bagi penangkapan haiwan marin.



Pendakwa Kementerian Tenaga Manusia Mohd Rizal sebelum ini berkata kegiatan itu dilakukan secara utamanya oleh Encik Chan dan beliau akan merancang dan menjalankan kerja penangkapan.



Ini termasuk taklimat mengenai cara penangkapan yang telah beliau rancang, peruntukan tenaga kerja yang diperlukan, alat yang diperlukan serta risiko yang dijangka dan langkah berjaga-jaga untuk diambil sewaktu penangkapan.



"Siasatan selanjutnya mendedahkan bahawa tiada penyelam yang menunggu dan bersedia untuk bertindak semasa kecemasan... Sekiranya seseorang penyelam menghadapi keadaan kecemasan, seperti tidak sedar, ia tidak akan diketahui oleh penyelam lain dengan segera kerana ia tidak dapat dilihat atau tiada sebarang tali keselamatan disediakan," katanya.



Atas melakukan kesalahan tersebut, UWS boleh didenda sehingga $500,000




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >