Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Unit taktikal polis sedia tangani ancaman ketenteraman awam

Nov 27, 2023 | 11:26 PM



Unit Taktikal Polis (PTU) berada di bawah Komand Operasi Khas (SOC) – sebuah pasukan strategik Pasukan Polis Singapura (SPF) – yang sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Tugas Polis, menyambut ulang tahun ke-70 sejak ia ditubuhkan pada 1953, sebagai respons kepada rusuhan Maria Hertogh.

PTU bertanggungjawab menangani pelbagai tugas ketenteraman awam.

Ini termasuk menangani insiden gangguan awam seperti rusuhan ganas, melaksanakan tugas berkaitan keselamatan, seperti mencari penjenayah bersenjata dan pendatang asing tanpa izin, dan mereka juga memberi respons terhadap kejadian pengganasan dalam bentuk Pasukan Bertindak Bersenjata (Armed Strike Teams)


Dalam satu pameran istimewa bagi pihak media pada 23 November, PTU telah mengadakan latihan simulasi tembakan.

Semasa simulasi tersebut, pihak polis telah dimaklumkan tentang situasi bersenjata yang aktif di dalam sebuah kompleks, setelah das tembakan dilaporkan. Beberapa orang awam juga terperangkap di dalam kompleks tersebut dan perlu diselamatkan.

Oleh itu, pegawai PTU daripada Pasukan Bertindak Senjata telah dikerahkan. Mereka menaiki kenderaan taktikal ke lokasi sebelum melaksanakan serangan taktikal yang diselaraskan. Anjing keselamatan awam juga digunakan untuk mencari lelaki bersenjata yang sedang bersembunyi.

Wartawan Berita Harian (BH) turut berpeluang untuk melihat sekiranya beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi seorang pegawai.

Dibimbing oleh pegawai PTU, wartawan BH telah memakai peralatan perlindungan diri seberat 20 kilogram.Wartawan juga berpeluang menguji tembakan senjata yang kurang berkuasa dan membalas mengapa insiden simulasi rusuhan bersama pegawai PTU dengan menggunakan perisai.

Semasa sesi taklimat, pegawai pemerintah PTU, Superintenden Polis, Roy Shafiq Aw berkata, “Selama bertahun-tahun, PTU telah menyesuaikan diri dengan perubahan landskap keselamatan dan terus menyediakan pegawai secara meluas untuk menangani pelbagai keselamatan awam dan ancaman ketenteraman awam”.

PTU mempunyai pelbagai jenis senjata - pilihan yang boleh membawakan maut dan pilihan yang hanya boleh mencederakan dan mengesan suspek - untuk menangani pelbagai ancaman dari segi ketenteraman dan keselamatan awam.

Pilihan senjata yang tidak membawa maut juga dikenali sebagai senjata P4. Ia boleh diisi dengan cat untuk menandakan perusuh atau diisi dengan oleoresin capsicum, sejenis perengsa yang menyebabkan ketidakselesaan kepada individu.


Mereka juga memanfaatkan teknologi terkini seperti sistem kamera yang dipasang pada topi keledar. Buat kali pertama, pihak media diberi peluang melihat rakaman sistem kamera tersebut yang digunakan untuk membuat siasatan supaya dapat menyemak tindakan yang telah dijalankan sebelumnya.

Tambahan pula, sistem kamera itu digunakan untuk merakam latihan dan demonstrasi untuk tujuan pembelajaran.

Selama 70 tahun, PTU telah berkembang daripada hanya 150 pegawai kepada kira-kira 500 pegawai. Seragam, peralatan dan juga taktik PTU telah berubah dan berkembang tetapi misi dalam memastikan Singapura selamat kekal sebagai teras utamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >