Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Untung suku ke-3 DBS naik 18%; 100j terdedah kepada kes ubah wang haram

Nov 06, 2023 | 03:43 PM



DBS Group Holdings pada Isnin melaporkan kenaikan dalam pendapatan suku tahunannya, yang didorong oleh jumlah pendapatan pada paras rekod tertinggi dan pemerolehan perniagaan perbankan pengguna Citibank Taiwan oleh bank itu.

Unit itu telah disepadukan pada 12 Ogos dan menjadikan DBS sebagai bank asing terbesar di Taiwan dari segi aset, lapor The Straits Times.


Keuntungan bersih bagi bank pemberi pinjaman terbesar di Singapura dan Asia Tenggara itu berjumlah $2.59 bilion bagi suku ketiga, naik 16 peratus berbanding setahun lalu.

Pendapatan bank itu naik 18 peratus kepada $2.63 bilion, tidak termasuk kos sekali sahaja sebanyak $40 juta daripada penyepaduan Citibank Taiwan – mengatasi ramalan $2.54 bilion oleh penganalisis dalam satu tinjauan Bloomberg.


Lembaga pengarah bank itu mengumumkan dividen sebanyak 48 sen sesaham bagi suku ketiga, sama seperti suku sebelumnya.

Berbanding pendapatan pada suku sebelumnya, keuntungan bersih bank itu ialah 2 peratus lebih rendah kerana pendapatan lebih tingginya diimbangi oleh perbelanjaan dan elaun lebih tinggi disebabkan pendedahan berkaitan kes pengubahan wang haram baru-baru ini di sini.

Bank-bank utama termasuk DBS merupakan pemiutang kepada syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan sebilangan individu yang ditahan dan didakwa dalam skandal pengubahan wang haram utama di sini, yang melibatkan aset lebih $2.8 bilion, termasuk hartanah, kereta mewah dan wang tunai.

Ketua eksekutif DBS, Encik Piyush Gupta, memaklumkan bahawa bank itu mempunyai nilai keterdedahan sekitar $100 juta kepada kes pengubahan wang haram itu. Kebanyakannya disebabkan pembelian hartanah atau akaun pelanggan runcit yang digunakan untuk membiayai (pembelian) hartanah, katanya.

Disebabkan kes pengubahan haram itu, elaun khusus bagi jangkaan kerugian kredit melonjak hampir lapan kali ganda daripada setahun lalu kepada $197 juta, atau 18 mata asas bagi pinjaman.

Encik Gupta menambah kes itu besar kemungkinan tidak memberi kesan ketara ke atas senario pengurusan kekayaan Singapura.

“Saya berasa aliran wang terus teguh sepanjang suku ketiga, dan ia agak kukuh pada Oktober juga,” ujar beliau.

Bagi pendapatan bank, Encik Gupta menyatakan margin faedah bersih (NIM) – pengukur utama bagi keuntungan pemberi pinjaman – naik bagi suku ketujuh berturut-turut di sebalik kadar faedah lebih tinggi.

Encik Gupta menambah terdapat ketidakpastian daripada kelembapan makroekonomi dan risiko geopolitik, namun beliau menjangka keuntungan bersih pada 2024 akan kekal pada paras rekod 2023.

Satu perkara baik ialah pendapatan yuran bank itu besar kemungkinan dapat dikekalkan oleh pengurusan kekayaan dan yuran kad (kredit), katanya.

Penyepaduan Citi Taiwan akan turut membantu bank itu. DBS menyatakan perniagaan itu telah meningkatkan akaun kad kreditnya di Taiwan sebanyak lima kali ganda kepada lebih tiga juta akaun, dan menambah aset pelaburan di bawah pengurusan (AUM) sebanyak tiga kali ganda kepada lebih $12 bilion.

Di Singapura, DBS fokus kepada usaha mengambil langkah untuk menangani siri gangguan digital kepada khidmat bank itu pada 2023. Langkah yang diambil itu termasuk dalam bidang seperti pemulihan sistem dan tadbir urus risiko teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >