Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UOB agih 3,000 komputer riba kepada keluarga memerlukan

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 3,000 komputer riba diedarkan oleh UOB kepada kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan hingga peringkat universiti.



Ini adalah sebahagian daripada program UOB My Digital Space, sebuah program pendidikan untuk merapatkan jurang peralatan digital untuk kanak-kanak daripada keluarga pendapatan rendah di seluruh negara supaya dapat memberikan mereka peluang pembelajaran digital.



Sekitar 2,500 komputer riba telah diperbaharui dengan bantuan syarikat tidak mencari untung, Engineering Good.



UOB pula akan menderma 230 komputer riba baru bernilai hampir $300,000, kepada golongan pelajar kurang berpendapatan, terutamanya pelajar pengajian tinggi supaya memudahkan pembelajaran dari rumah.



Selain itu, pelajar juga akan menerima aksesori berkaitan pembelajaran dari rumah seperti tetikus, set fonkepala dengan mikrofon dan peranti berbilang USB.



Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central adalah salah satu sekolah yang memanfaati dari pendermaan komputer riba bank tersebut. Pengetua sekolah itu, Encik Suresh Natarajan berkata:



"Ramai pelajar kami tidak mempunyai peranti komputer atau perlu mengongsinya bersama adik-beradik serta ibu bapa mereka. Ini menjejaskan penyertaan aktif mereka dalam pembelajaran dari rumah. Ramai antara pelajar akhirnya mengakses pembelajaran dari telefon bimbit dan ia mungkin tidak sesuai."



Di samping itu, antara pelajar yang telah manfaat dari program ini ialah Dominic, 12 tahun, dari CareHut @ Sekolah Rendah Jiemin berkata:



"Ini (komputer riba) sangat baik untuk membuat kerja di ruang pembelajaran pelajar (SLS) dan sekarang saya tidak perlu lagi melakukan kerja menerusi skrin tablet yang lebih kecil.



"Saya juga dapat membuat kerja tanpa gangguan. Dengan skrin yang lebih besar, saya boleh belajar Matematik dengan baik, jika mempunyai soalan yang lebih panjang. Saya juga boleh gunakan komputer riba untuk mengekod."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >