Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Upacara pecah tanah bagi hab bersepadu Sembawang

Jul 01, 2018 | 12:42 PM



MENJELANG Jun 2020, penduduk Sembawang tidak lagi perlu ke Yishun untuk berenang atau menikmati makanan yang murah.



Sebaliknya, satu hab masyarakat dan sukan yang kurang menggunakan kereta dengan kemudahan seperti kolam renang dan pusat penjaja makanan akan dibangunkan di tapak seluas 12 hektar sebelah stesen MRT Sembawang.



Anggota Parlimen GRC Sembawang mengadakan upacara pecah tanah yang simbolik bagi hab yang dinamakan Bukit Canberra pagi tadi (1 Julai).



Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan; Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung; Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin; Dr Lim Wee Kiak dan Encik Vikram Nair.



Majlis itu dihadiri sekitar 800 penduduk.



Hab yang diterajui Sport Singapore itu juga akan menempatkan Pusat Sukan dan Riadah Bandar (TSRC) di bawah Pelan Induk Kemudahan Sukan.



Projek bernilai $1.5 bilion itu bertujuan membolehkan warga memanfaatkan pelbagai kemudahan sukan dengan lebih mudah di sekitar negara menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >