Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA hadkan jumlah ruang letak kereta di tapak Marina Bay

Aug 19, 2016 | 10:47 AM



LEMBAGA Pembangunan Semula Bandar (URA) telah mengenakan - buat kali pertama - had pada bilangan ruang letak kereta yang boleh dibina di sesebuah tapak.



Ia mengenakan had itu di sebuah tapak kegunaan bercampur di Marina Bay, dengan memberi alasan bahawa rangkaian pengangkutan awam baik membuat kawasan itu memerlukan kurang tempat letak kereta.



Pada masa depan, tapak lain yang mempunyai sambungan pengangkutan setanding juga boleh menghadapi langkah sama, ujar URA.



Langkah itu diambil sedang Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia sedang mengkaji piawaian tempat letak kereta "untuk mencapai penggunaan ruang lebih optimum", kata URA pada Khamis (18 Ogos).



Peruntukan bagi tempat letak kereta di tapak seluas 1.1 hektar di Central Boulevard itu dihadkan pada 80 peratus daripada Piawaian Letak Kerata (CPS) minimum yang ditetapkan oleh LTA.



Tapak jualan pemerintah sebelum ini biasanya mewajibkan pemaju mematuhi piawaian minimum itu.



"Memandangkan peningkatan ketara ke atas kesalinghubungan pengangkutan awam di bandar, dan tapak ini tersambung dengan baik dengan pelbagai laluan MRT, ia memberi peluang baik untuk mengenakan peruntukan letak kenderaan lebih rendah sejajar dengan langkah ke arah Singapura yang kurang menggunakan kereta," kata seorang jurucakap URA.



Tapak itu, yang dicetuskan untuk dilancarkan kerana pemaju komited membuat tawaran sekurang-kurangnya $1.536 bilion semasa tender, berhampiran stesen MRT Raffles Place, Downtown dan Shenton Way yang akan datang.



CPS menetapkan sekurang-kurangnya satu ruang letak kereta bagi setiap 450 meter persegi kawasan lantai kasar bagi sebuah pejabat di Daerah Pusat Perniagaan (CBD).



Tetapi "pemaju boleh menyediakan lebih banyak tempat letak kereta daripada minimum yang ditetapkan untuk memenuhi permintaan tempat letak kereta mereka sendiri".



Jadi, dengan anggapan 5,000 meter persegi daripada tapaknya digunakan untuk runcit dan selebihnya bagi pejabat, tapak Central Boulevard itu, dengan keluasan lantai kasar maksimum 141,294 meter persegi, akan mempunyai had kira-kira 252 ruang letak kereta di bawah peraturan baru URA itu.



Ini berbanding minimum kira-kira 315 tempat letak kereta yang ia harus sediakan di bawah CPS.



Pemaju tapak itu juga diwajibkan URA menyediakan 200 lebih banyak ruang letak basikal daripada standard minimum yang diperlukan.



Jumlah minimum itu ialah kira-kira 176, mengikut cadangan semasa LTA.



Mengurangkan bilangan ruang letak kereta di bangunan komersial adalah antara langkah terbaru dalam usaha Pemerintah menjadikan Singapura negara kurang menggunakan kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >