Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA lancar dua plot tanah di Clementi, Pine Grove

Boleh hasil 1,065 unit rumah
Aug 15, 2023 | 06:08 PM



Dua plot tanah pemerintah dengan pajakan 99 tahun di Clementi Avenue 1 dan Pine Grove di Ulu Pandan telah dilancarkan bagi penjualan menerusi tender awam pada Selasa.

Kedua-dua plot tanah itu berupaya menampung sejumlah 1,065 unit rumah – antara 5,160 rumah dalam senarai tetap di bawah program penjualan tanah pemerintah (GLS) bagi separuh kedua 2023.

Untuk memenuhi permintaan rumah awam, pemerintah telah meningkatkan bekalan rumah awam di bawah GLS sebanyak 26 peratus pada separuh kedua 2023, berbanding separuh pertama, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa.

Bekalan rumah yang ditetapkan dalam senarai itu adalah 9,250 unit bagi seluruh 2023 – bilangan tertinggi dalam tempoh sedekad, termasuk rumah privet dan kondominium eksekutif.

Tender bagi kedua-dua tapak tanah itu akan ditutup pada tengah hari 7 November.

Seluas 13,451 meter persegi, tapak tanah di Clementi Avenue 1 mempunyai ruang keluasan lantai kasar (GFA) 47,079 meter persegi dan boleh menampung 500 unit rumah.

Plot di Pine Grove pula, dinamakan Plot Tanah B, adalah seluas 25,039 meter persegi dan mempunyai GFA seluas 52,583 meter persegi, dan berupaya menghasilkan sebanyak 565 unit rumah.

Plot Tanah B di Pine Grove itu pada awalnya dikeluarkan di bawah senarai rizab GLS bagi separuh kedua 2021.

Satu lagi plot tanah di sebelah plot tersebut di Pine Grove yang dinamakan Plot Tanah A, terdahulu diluluskan kepada UOL Group dan Singapore Land Group pada Jun 2022.

Usaha kerjasama kedua-dua syarikat tersebut telah menetapkan bidaan tertinggi $671.5 juta, atau $1,318 setiap kaki persegi setiap nisbah plot (psf ppr) pada ketika itu.

Di plot tanah tersebut, kedua-dua pemaju hartanah itu melancarkan kondominium Pinetree Hill, yang telah menjual hampir 29 peratus daripada 520 unit rumah yang ditawarkan dengan harga purata $2,460 setiap kaki persegi (psf) sewaktu pelancarannya dalam satu hujung minggu pada Julai.

Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata beliau menjangkakan pemaju hartanah bersikap berhati-hati apabila ingin meletak bidaan bagi Tapak Tanah B di Pine Grove itu disebabkan persaingan dari segi bekalan dari Pinetree Hill.

Namun, projek di tapak tersebut bakal menarik golongan berkeluarga kerana ia terletak berhampiran sekolah popular seperti Sekolah Rendah Henry Park dan Sekolah Rendah Pei Tong, tambahnya.

Projek di Clementi Avenue 1 pula dijangka menarik pembeli rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang ingin menaikkan taraf perumahan mereka serta pelabur memandangkan ia terletak di estet matang dengan banyak kemudahan serta sekolah terkemuka terletak berhampiran kawasan itu, kata pengarah kanan analitik data Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >