Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA lancar tapak perumahan, komersial di Daerah Tasik Jurong

Tapak projek seluas 6.5 hektar itu boleh tampung 1,700 unit rumah, tempat kerja dan riadah
Jun 22, 2023 | 07:30 PM



Sebuah tapak di Daerah Tasik Jurong (JLD) yang boleh menampung lebih 1,700 unit rumah, tempat kerja dan kawasan beriadah telah dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis.

Tapak merangkumi tiga plot tanah berasingan seluas 6.5 hektar secara keseluruhan itu bakal menjadi kawasan perniagaan dan komersial terbesar di luar daerah pusat bandar Singapura.

Ia terletak berhampiran kemudahan sedia ada seperti Stesen MRT Jurong East dan kawasan runcit Jurong Gateway yang merangkumi pusat beli-belah seperti Jem dan West Gate.

Dijangka siap dalam 10 hingga 15 tahun, kawasan tersebut akan dihubungkan melalui empat laluan MRT iaitu laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) menerusi Stesen Jurong East, Laluan Daerah Jurong (JRL) dan Laluan Rentas Pulau (CRL).

Pada fasa pertama pembangunan itu, ruang seluas 51,000 meter persegi (sqm) telah diperuntukkan bagi perumahan privet – atau sekitar 600 unit rumah, sementara kawasan seluas 70,000 sqm diperuntuk bagi tempat kerja.

Ia juga akan melihat pembinaan sebuah tajaka, pasar raya dan pusat makanan dalam fasa itu, kata URA dalam kenyataannya pada Khamis.

Secara keseluruhan, tapak penggunaan campuran dengan pajakan 99 tahun itu mempunyai ruang keluasan lantai kasar (GFA) seluas 365,000 meter persegi.

Tapak pertama yang dijual, terletak di sebelah Hotel Jurong Genting masih kosong. Manakala tapak kedua terletaknya pusat tukaran bas sementara Jurong East sehingga 2028. Plot ketiga pula diguna bagi pembinaan JRL hingga pertengahan 2026.

URA pada Khamis berkata penjualan plot-plot tanah khusus bagi pemaju induk di mana hanya satu pemaju hartanah menguruskan pembangunan kesemua tiga plot itu.

Dengan cara ini, ia akan membolehkan pemaju itu melakukan kerja secara bertahap berdasarkan keadaan dan permintaan pasaran.

Pemaju yang berjaya memenangi bidaan akan merancangkan seluruh projek tersebut termasuk menyediakan prasarana dan perhubungan penting antara kawasan-kawasan umum.

“Tujuannya adalah untuk menyenarai pendek usulan konsep yang menawarkan pembangunan campuran yang mampan dan unik dengan ruang awam yang direka dengan baik dan mesra pengguna serta memiliki kemudahan bagi memenuhi keperluan masyarakat tempatan dan perniagaan,” kata URA.

Jika ia berjaya dijual, ia bakal menjadi penjualan tapak khusus bagi pemaju induk kedua di sini yang akan dibangunkan secara beransur selepas sebuah tapak seluas 3.55 hektar di Pusat Kewangan Marina Bay (MBFC) dijual pada 2005.

Tapak tersebut adalah sebahagian daerah pembangunan Daerah Tasik Jurong seluas 120 hektar, merangkumi Tasik Jurong serta tarikan tempatan tertentu seperti Pusat Sains Singapura – yang sedang dinaik taraf – dan Jurong Town Hall meliputi Jurong Town Hall Road dan Ekspreswe Ayer Rajah dengan plot-plot lain dijangka dijual pada masa mendatang.

Perancangan bagi Daerah Tasik Jurong seluas 410 hektar – iaitu sekitar 585 padang bola – kali pertama dikeluarkan pada 2008.

Sejak itu, pusat beli-belah seperti Jem dan Westgate, serta Hospital Besar Ng Teng Fong, Hotel Jurong Genting, dan Vision Exchange telah dibina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >