Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA, peniaga akan runding guna Haji Lane bagi tujuan niaga

Jun 17, 2022 | 05:30 AM



PEMILIK niaga di Haji Lane mungkin berpeluang menggunakan jalan raya untuk perniagaan sekali lagi setelah dilarang berbuat demikian sejak Mac 2020.



Awal sebelum ini, beberapa pemilik kedai yang ditemui Berita Harian (BH) merungut selepas diberi peringatan pada 8 Jun lalu oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan lima lagi agensi relevan mengenai penghentian penutupan jalan raya Haji Lane.



Peringatan tersebut berkenaan peraturan keselamatan di jalan raya Haji Lane - pihak URA mendapati peniaga di sana tidak mematuhinya.



Tetapi dalam satu kenyataan kepada BH dari URA, mereka mengatakan akan mengadakan rundingan dengan para peniaga di kawasan itu serta persatuan One Kampung Gelam (OKG) untuk meneruskan inisiatif tersebut jika beberapa syarat dipenuhi.



URA berkata: "Dengan pelonggaran larangan Covid-19 secara progresif dan penyambungan semula perniagaan dan aktiviti sosial baru-baru ini, agensi-agensi terlibat sedang berbincang dengan pihak berkepentingan untuk meneruskan semula penutupan jalan raya di Haji Lane.



"Ini berdasarkan kerjasama pihak berkepentingan untuk meletakkan rancangan pengurusan yang sesuai untuk memastikan keselamatan awam, seperti memudahkan pergerakan kenderaan kecemasan."



Laporan lanjut: Pemilik kedai Haji Lane diberi peringatan ikut aturan keselamatan trafik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >