Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah biarkan masalah di Myanmar jejas usaha Asean teruskan usaha kerjasama: PM Lee

May 11, 2023 | 06:00 PM



LANGKAH Asean terhadap Myanmar yang tidak dibenarkan menyertai pertemuan di peringkat politik tetapi terus dilibatkan dalam kumpulan serantau itu perlu dikekalkan.



Ini supaya masalah di Myanmar tidak menjadi penghalang bagi Asean meneruskan usahanya termasuk kerjasama dengan rakan kongsi dialog di serata dunia, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Langkah ini, kata Encik Lee, mempunyai tujuan simbolik dan juga kesan praktikal yang penting.



Justeru, mengubah langkah ini semata-mata kerana tiada kemajuan tercapai juga tidak memberi manfaat, selain mengatakan kemajuan yang diingini tidak dikecapi, kata beliau.



“Ia bukan perkara yang betul untuk dilakukan,” kata Encik Lee.



“Kita harus meneruskan langkah tidak membolehkan Myanmar menyertai pertemuan Asean di peringkat politik sedang kita harus terus melibatkan Myanmar, kepimpinan tentera NLD (Liga Nasional bagi Demokrasi), serta semua pihak yang terlibat dan cuba seberapa boleh mempengaruhi perkara supaya keadaan menjadi lebih baik, supaya mereka ber



bincang antara satu sama lain, memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang sedang sengsara.



“Jika boleh (kita) menggalakkan keganasan dihentikan. Ini adalah perkara yang sukar dilakukan dan akan mengambil masa yang panjang,” tambahnya.



Bercakap kepada media Singapura di akhir Sidang Puncak Asean ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia, Encik Lee berkata Myanmar pernah menempuhi pengalaman serupa apabila bantahan yang bermula pada 1988 membuka laluan pilihan raya umum diadakan sekitar 2010, tempoh sekitar 20 tahun.



“Kita harus bersabar dan kita harus berupaya mengekalkan dasar yang rasional untuk men



dapatkan kesudahan yang terbaik bagi Myanmar dan bagi Asean. Itu pandangan Singapura,” kata Encik Lee sambil menambah negara anggota Asean yang lain juga berkongsi pandangan ini. Namun ada pandangan yang berbeza dan ini adalah suatu yang akan dibincangkan oleh Asean.”



Menurut Encik Lee, masalah di Myanmar amat rumit dan hanya sedikit kemajuan dicapai berhubung pelaksanaan Persetujuan Lima Perkara sejak ia dilakar pada 2021.



“Persoalannya adalah apa yang harus kita lakukan selepas ini?



“Saya rasa kita teruskan apa yang dilakukan sebelum ini, iaitu Myanmar diundang menyertai pertemuan Asean, tetapi di peringkat bukan politik kerana ia memenuhi satu tujuan,” kata Encik Lee.



Mengulas mengenai perbincangan negara-negara Asean mengenai Myanmar, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), berkata tiada kemajuan penting tercapai dalam usaha melaksanakan rancangan perdamaian di Myanmar.



“Kami perlukan Asean menunjukkan perpaduan untuk mem



buka laluan ke hadapan,” kata Encik Jokowi kepada agensi berita



AFP.



Kemelut politik dan keganasan yang berlarutan di Myanmar membayangi sidang puncak yang berlangsung 10-11 Mei itu.



Kenyataan Pengerusi Sidang Puncak Asean ke-42 pada 10 Mei menekankan Persetujuan Lima Perkara kekal menjadi rujukan utama berhubung Myanmar.



Ia juga mengutuk serangan ke atas konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan ke kawasan pedalaman di wilayah Shan, di Timur Myanmar, pada 7 Mei.



Dalam pada itu, Encik Lee turut menekankan peri penting negara-negara di Asia Tenggara di mata dunia. Menurut beliau, secara berasingan, negara-negara di rantau ini dalam konteks dunia tidak begitu besar, tetapi apabila digabungkan, ia lebih berpengaruh termasuk dalam ekonomi.



“Anda tidak boleh menentukan kesudahan, tetapi anda boleh berhujah dan hujah anda didengari,” kata Encik Lee, sambil berkata Asean yang bersatu lebih diperlukan dalam dunia yang dibelenggu masalah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >