Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha atasi virus baru harus dipergiat walau pandemik Covid-19 berlalu: NCID

Apr 30, 2023 | 07:12 PM



 



Walaupun pandemik Covid-19 kian berlalu, usaha menyekat virus tersebut serta kemunculan pandemik baru pada masa depan kekal berterusan, kata  Pengarah Eksekutif Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), Profesor Leo Yee Sin pada Ahad.



Sementara kajian menunjukkan bahawa varian Covid-19 terkini memberi kesan lebih ringan kepada pesakit secara klinikal, “tiada pakar di dunia yang dapat menjamin dengan sepenuhnya bagaimana ia akan berubah pada masa depan”.



Lantaran itu, Singapura harus kekal bersedia menangani wabak dengan mengamalkan tanggungjawab sosial serta mendapatkan vaksin terkini, terutamanya bagi golongan yang lebih terdedah.



Profesor Leo berkata Singapura telah memberi respons yang baik terhadap Covid-19, di mana “jika ia tidak mempunyai sebuah NCID, ia masih akan dapat melangkah keluar dari pandemik disebabkan rakyatnya yang bertanggungjawab”.



Profesor Leo menyatakan demikian dalam satu sesi perbincangan dengan penduduk di Kelab Masyarakat (CC) Bukit Panjang pagi Ahad.



Sesi perbincangan itu adalah sebahagian daripada segmen majlis penyampaian pingat khas dari Persatuan Rakyat (PA) Bukit Panjang CC kepada lebih 370 relawan dan pemimpin akar umbi yang telah menyumbang kepada usaha menangani Covid-19 di peringkat masyarakat.



Professor Leo berkata pandemik Covid-19 telah menunjukkan bagaimana virus menjejas setiap individu dari semua lapisan masyarakat dan ia tidak terbatas kepada kakitangan kesihatan sahaja.



Justeru, beliau berharap usaha menangani pandemik dari setiap sudut masyarakat dapat dikekalkan.



“Ia adalah satu peringatan besar kepada kita, bahawa kita hidup sebagai satu masyarakat. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan dan kemaslahatan satu sama lain,” tambahnya,



Dalam sesi itu, ketika ditanya oleh Anggota Parlimen (SMC Bukit Panjang) Encik Liang Eng Hwa – selaku hos sesi perbincangan itu – mengenai bagaimana Singapura dapat menangani pandemik jika tiadanya NCID, Professor Leo berkata:



“Kami masih dapat melangkah keluar (dari pandemik), sebab (di sebalik NCID adalah) rakyat kita. Rakyat kita sendiri yang dapat berpadu dan menjadikan setiap huraian menjadi satu kenyataan.”



Menyentuh tentang latar belakang virus Covid-19, Professor Leo, yang telah menerajui pasukannya dalam menangani pelbagai wabak termasuk Sars pada 2003, berkata, terdapat kekurangan dari segi kajian yang dilakukan terhadap penyakit jenis koronavirus, yang berasal dari haiwan.



Beliau berkata penyakit jenis koronavirus yang berkongsi ciri-ciri seperti flu biasa, telah wujud di dunia sejak abad-abad yang lalu.



“Tetapi, tidak seperti Sars, yang simptom dialami pesakit agak jelas, mereka yang menghidap penyakit jenis koronavirus ini mungkin menunjukkan simptom ringan atau tidak menunjukkan sebarang simptom langsung. Kemudian, kajian menunjukkan mereka yang tidak menghidap simptom pun boleh menyebarkan jangkitan,” katanya.



“Pendek kata, kami (pakar sedunia) seolah tidak meraih apa-apa pengajaran sepanjang kejadian dari Sars,” tambahnya.



Oleh itu apabila seluruh dunia menerima hakikat bahawa Covid-19 berupaya merebak secara senyap, Professor Leo berkata terdapat dua huraian bagi seluruh masyarakat melindungi diri mereka.



Pertama adalah melindungi diri dari sudut individu. Kedua, adalah dengan mempengaruhi seluruh masyarakat mengamalkan tanggungjawab agar dapat melindungi satu sama lain.



Namun, menurutnya, dunia tidak terkecuali dari jenis virus baru yang berupaya mengancam sistem kesihatan negara. 



Gelombang jangkitan dari virus dan endemik tertentu – seperti denggi – akan sentiasa naik turun sepanjang tahun.



“Jadi yang penting adalah pertama, seluruh masyarakat perlu dididik dengan pengetahuan ini agar mereka sentiasa bersedia menangani keadaan sebegini. Kedua,  adalah menerusi sistem secara menyeluruh di mana kami lihat dari sudut sekitaran, bagaimana untuk membina sebuah sekitaran yang dapat menyekat penularan dengan sendirinya.



“Dan untuk mencapai matlamat ini kami harus bekerjasama dan menyelaras usaha ini secara seluruh masyarakat,” kata Professor Leo lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >