Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha bantu drebar teksi kekal relevan dalam dunia digital

Jul 12, 2019 | 05:30 AM



Pada 25 Jun lalu, ComfortDelGro dan Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) telah menandatangani satu memorandum persefahaman untuk membentuk Jawantankuasa Latihan bagi Pemandu Teksi, yang akan menyediakan pemandu teksi dengan latihan digital yang relevan. Ini telah diusahakan melalui kursus SkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFDW) yang diadakan bagi pemandu teksi. Ikuti laporan ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg), di halaman ini dan halaman berikut, yang menemu ramah dua pemandu teksi yang telah menjalani kursus itu.



SYARIKAT gergasi teksi tempatan ComfortDelGro dan Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) telah berganding bahu demi membantu pemandu teksinya kekal relevan dalam dunia digital yang semakin pantas berubah.



Dengan kurangnya penumpang yang menahan teksi di tepi jalan dan membayar menggunakan wang tunai, pemandu teksi harus peka dalam menggunakan aplikasi dan alat teknologi relevan yang lain untuk mengambil tempahan, cari penumpang, mengumpul tambang, melunaskan bayaran tempat letak kereta, berurus niaga bersama pengendali teksi dan memandu teksi di sekitar Singapura dengan cekap.



Baru-baru ini, kededua pihak bersetuju membentuk Jawantankuasa Latihan untuk Pemandu Teksi, yang akan menyediakan pemandu dengan latihan digital yang relevan.



ComfortDelGro akan menghantar 10,000 daripada 27,000 pemandu teksinya untuk menjalani kursus SkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFDW), yang disokong oleh Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC dan LearningHub NTUC.



SFDW merupakan sebahagian inisiatif kebangsaan oleh SkillsFuture Singapura untuk membantu melengkapkan warga Singapura dengan daya pemikiran yang betul dan kemahiran asas demi mempersiapkan diri demi ekonomi pada masa depan.



Seramai 150 pemandu teksi telah menghadiri kelas perintis SFDW dan memberikan maklum balas.



Setiausaha Eksekutif NTA, Encik Danny Tan, berkata:



"Majoriti pemandu teksi kami, terutamanya yang lebih tua, mendapati kursus itu berguna. Mereka belajar cara-cara mudah dan praktikal dalam mengendalikan alat teknologi seperti aplikasi telefon bijak untuk memperolehi peluang pekerjaan dan meraih pendapatan lebih."



Kursus tersebut akan diterapkan dalam program latihan baru yang masih dalam perbincangan.



Pemandu teksi akan dihantar untuk menjalani latihan secara berkumpulan, dengan 10,000 daripada mereka dijangka menyelesaikan kursus sehari SFDW itu pada hujung tahun ini.



Disebabkan pemandu teksi bekerja sendiri, e2i NTUC dan ComfortDelGro akan menyediakan elaun untuk membiayai sebahagian pendapatan mereka yang hilang semasa mereka menjalani latihan.



ComfortDelGro akan menyediakan elaun tambahan kepada pemandu teksi yang juga merupakan ahli NTA.



"Melangkah ke hadapan, NTA berminat untuk membentuk jawatankuasa latihan dengan pengendali teksi lain, seperti perkongsian baru dengan ComfortDelGro, supaya kami dapat mengenal pasti keperluan latihan untuk masa depan dan menyokong pemandu untuk dilengkapi kemahiran yang relevan," tambahnya.




"Majoriti pemandu teksi kami, terutamanya yang lebih tua, mendapati kursus itu berguna. Mereka belajar cara-cara mudah dan praktikal dalam mengendalikan alat teknologi seperti aplikasi telefon bijak untuk memperolehi peluang pekerjaan dan meraih pendapatan lebih... Melangkah ke hadapan, NTA berminat untuk membentuk jawatankuasa latihan dengan pengendali teksi lain, seperti perkongsian baru dengan ComfortDelGro, supaya kami dapat mengenal pasti keperluan latihan untuk masa depan dan menyokong pemandu untuk dilengkapi kemahiran yang relevan."
- Setiausaha Eksekutif NTA, Encik Danny Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >