Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha bina S’pura bagi generasi akan datang tugas terpenting: PM Lee

Aug 27, 2023 | 05:41 PM



Meskipun isu penduduk Singapura yang kian menua dan kos sara hidup yang meningkat kekal sebagai antara cabaran segera yang perlu ditangani, tanggungjawab pemerintah yang terpenting adalah untuk mengukuhkan ekonomi bagi generasi akan datang, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Sabtu.

Berucap di majlis jamuan malam sambutan Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Teck Ghee, beliau berkata pemerintah akan menjaga warga emas dan bantuan diberi untuk mengurangkan kesan kos sara hidup yang meningkat di sini.

Ini supaya tiada orang yang akan ketinggalan sedang negara ini terus maju.

“Mereka (warga emas) telah membina negara ini, kita berhutang budi kepada mereka, dan kita mahu memastikan mereka berada dalam keadaan baik dalam usia senja mereka. Dan kita mesti ingat akan asal-usul kita, bagaimana kita boleh mencapai tahap ini sekarang.

“Namun, tanggungjawab kita yang terpenting adalah bagi masa akan datang, untuk memastikan Singapura boleh terus maju, anak-anak sudah bersiap sedia, ekonomi kita kukuh dan Singapura dipertahan dengan baik.

“Dan kita boleh terus mara dengan yakin,” tambah Encik Lee, yang juga Anggota Parlimen bagi kawasan Teck Ghee di GRC Ang Mo Kio.

Tambahnya, keyakinan itu akan memastikan masa depan yang cerah buat Singapura tanpa mengira peristiwa global – sama ada pandemik Covid-19, ketegangan antara negara atau perang di Ukraine.

Ini merupakan tumpuan Encik Lee kini, dan juga tumpuan bagi penggantinya.

Menekankan pentingnya penuaan aktif yang disebutnya semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 20 Ogos, Encik Lee menarik perhatian rangkaian Pusat Penuaan Aktif yang kian berkembang.

Pusat itu bertujuan menyediakan perkhidmatan untuk membantu warga emas kekal aktif, sihat dan terlibat secara sosial.

Malah, khidmat yang ditawarkan juga akan diperluas.

Menggesa penduduk di Teck Ghee untuk menyertainya, beliau berkata kegiatan seperti zumba, yoga dan taici dijalankan di lima Pusat Penuaan Aktif, kelab masyarakat dan Rangkaian Penduduk (RN) di Teck Ghee.

Pada 20 Ogos, beliau juga mengumumkan program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif 2.0 (Ease 2.0) yang menyediakan lebih banyak ciri mesra warga emas di kawasan perumahan awam.


Ini termasuk pintu masuk tandas yang lebih luas dan tempat duduk yang boleh dilipat untuk digunakan semasa mandi.


Langkah menjadikan ruang perumahan di sini lebih mesra bagi warga emas akan bermula dengan kawasan kejiranan yang mempunyai paling ramai penduduk warga emas, seperti Ang Mo Kio dan Bukit Merah, sebelum diperluas ke seluruh negara.


Pada Sabtu, Encik Lee berkata pusat bandar Teck Ghee akan menjadi lebih mesra bagi warga emas, dilengkapi dengan lebih banyak tanjakan, tempat rehat dan ruang yang bertutup.


Di zon warga emas, jalan raya akan dijadikan lebih kecil supaya pemandu kereta perlu memandu lebih perlahan.


Sebuah video untuk memperingati ulang tahun kelahiran ke-100 Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, turut dimainkan semasa jamuan malam itu.

“Ingat apa yang beliau (mendiang Encik Lee Kuan Yew) memperjuang, sokong, berusaha capai dan apa yang perlu kita terus usahakan pada generasi akan datang dan seterusnya,” ujar Encik Lee.

Memetik ucapan mendiang Encik Lee Kuan Yew, Encik Lee berkata:

“Beliau berkata, ‘tanggungjawab saya yang paling besar bukanlah bagi masa kini dan pastinya bukan bagi masa lalu, namununtuk masa depan Singapura’.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >