Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Tangani isu, orak langkah masa depan bersama

Aug 27, 2023 | 05:32 AM



Tangani isu yang menjadi keprihatinan sebelum ia sukar dikawal dan menjadi masalah besar. Itulah pendekatan yang kelihatan diambil pemerintah dalam memandu Singapura mengharungi pelbagai cabaran.

Keprihatinan berhubung pekerjaan, perumahan, kos kehidupan dan perkara yang berkaitan dengan masyarakat yang semakin menua memang perlu diberi perhatian segera. Isu setempat itu perlu ditangani sedang Singapura dan anggota masyarakat global dibayangi perkembangan pelbagai perkembangan seperti ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan China, pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan iklim tidak menentu yang boleh meninggalkan impak besar ke atas ekonomi antarabangsa, termasuk rantaian bekalan dan pengeluaran makanan. Sebagai negara kecil dengan ekonomi terbuka, Singapura akan mudah terjejas.

Beberapa strategi dan langkah penyesuaian yang dibentangkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan memaparkan sikap bertanggungjawab pemerintah untuk segera menangani perkara yang menjadi keprihatinan sebelum ia menjadi lebih mencabar.

Satu daripadanya ialah soal pemilikan rumah. PM Lee memberi jaminan bahawa pemerintah akan memastikan bahawa rumah bukan sahaja akan terus mampu dimiliki, malah pergaulan sosial akan terjaga dan sistem pemilikan dilaksana secara adil. Dalam memastikan itu, beberapa penyesuaian dibuat dengan memperkenalkan rangka baru projek flat awam Bina Ikut Tempahan (BTO) mulai 2024, iaitu model ‘Standard’, ‘Plus’ dan ‘Perdana’ – klasifikasi berdasarkan lokasi dengan syarat tertentu berhubung tempoh penginapan minimum (MOP), penjualan semula dan nilai subsidi.

Pemerintah juga prihatin tentang golongan yang tidak muda dan belum terlalu tua – golongan yang diistilahkan sebagai ‘young seniors’ (atau orang tua muda) iaitu dalam lingkungan usia 50-an dan awal 60-an tahun, yang mungkin masih memikul tanggungjawab menjaga anak dan orang tua dalam keluarga. Bagi membantu golongan yang dilahirkan pada 1973 atau lebih awal itu, pemerintah memperkenalkan beberapa langkah dalam bentuk bantuan kewangan di bawah Pakej Majulah bernilai $7 bilion. Manfaatnya menjangkau generasi lebih awal – generasi perintis dan generasi merdeka.

Dengan masyarakat yang semakin menua pula dan perkara yang berkaitan dengannya seperti pergerakan, kesihatan dan kesepian, pemerintah melakarkan pelbagai langkah membantu ‘masyarakat sangat tua’. Ini termasuk ciri mesra warga emas di kawasan perumahan awam di bawah skim penambahbaikan yang dipanggil program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif 2.0; meluaskan pusat penuaan aktif bagi membantu warga emas kekal aktif dan sihat; dan pelbagai galakan bagi warga emas kekal cergas dengan menyertai kegiatan di pusat penuaan aktif di bawah program ‘Sihat Menua SG’ yang baru.

Apa yang jelas ialah isu yang mendepani Singapura itu tidak dibiarkan. Pelbagai langkah yang dibentangkan itu mungkin tidak dapat menghuraikan setiap isu secara tuntas tetapi pastinya dapat mengawal dan membendung daripada menjadi masalah yang tidak terkawal sedang Singapura melangkah ke depan. Namun, tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi. Sedang pemerintah mengatur strategi menangani isu itu, rakyat harus memaparkan sikap memahami dan sedia menyambut dan memberi kerjasama mengikut kemampuan masing-masing. Berhubung masyarakat semakin menua misalnya, warga emas juga memainkan peranan mengambil berat dan menjaga diri mereka sendiri.

Isu, ujian dan cabaran akan timbul dari masa ke masa. Singapura telah melalui pelbagai cabaran, seperti isu penakatan negara selepas merdeka, krisis kewangan dan yang terbaru wabak Covid-19. Sekitaran antarabangsa yang penuh dengan ketegangan dan ketidaktentuan ekonomi serta kesan pemanasan global – banjir, kemarau, gelombang panas dan kebakaran hutan – boleh menjejas pengeluaran dan harga makanan di seluruh dunia menjadi ujian. Singapura telah memaparkan keupayaan keluar daripada pelbagai cabaran yang timbul. Malah dalam menangani wabak Covid-19 yang telah berlalu, Singapura menunjukkan bahawa ia boleh bangkit dengan lebih kuat, lebih berdaya tahan dan lebih bersatu. Faktor utamanya ialah semangat Singapura – semangat kebersamaan sebagai satu rakyat, satu negara, satu Singapura untuk mengharungi apa jua cabaran bersama, dan terus maju bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >