Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha dipertingkat untuk kurangkan pengambilan gula daripada minuman

Aug 12, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan meningkatkan usaha bagi mengurangkan pengambilan gula daripada 'minuman yang baru disediakan' atau freshly prepared, termasuk jus buah dan 'bubble tea', yang kian menjadi sumber gula dalam diet warga Singapura, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Dalam ucapannya di majlis pembukaan Kongres Persatuan Antarabangsa bagi Dialisis Peritoneal Ke-19 semalam, Encik Ong berkata langkah terbaru itu, yang dijangka berkuat kuasa menjelang hujung tahun depan, akan menghendaki kedai yang menjual minuman sedemikian untuk meletakkan tanda Nutri-Grade pada minuman tinggi gula dan lemak tepu pada menu mereka.



Larangan pengiklanan juga akan dikenakan kepada minuman sedemikian yang mempunyai kandungan lemak tepu dan gula tertinggi.



"Langkah-langkah ini bertujuan membantu pengguna membuat pilihan lebih termaklum dan lebih sihat, mengurangkan pengaruh pengiklanan pada pilihan pengguna dan merangsang perumusan semula industri," kata Encik Ong, sambil menambah maklumat lanjut akan dikongsi kelak.



Beliau berkata minuman dengan kandungan gula yang lebih rendah dapat membantu mencegah kencing manis.



Dalam Tinjauan Pemakanan Kebangsaan 2018/2019, warga Singapura didapati mengambil 12 sudu kecil gula setiap hari.



Lebih separuh daripada pengambilan gula harian warga Singapura datang daripada minuman, dengan minuman yang dibungkus terlebih dahulu seperti minuman paket dan dalam tin, membentuk dua pertiga jumlah itu.



MOH telah memperkenalkan label pemakanan wajib dan larangan pengiklanan untuk minuman yang telah dibungkus terlebih dahulu dan ia telah membuahkan hasil, kata Encik Ong.



Beliau berkata, penjualan minuman yang dibungkus terlebih dahulu dengan kandungan gula yang lebih tinggi telah turun daripada 63 peratus pada 2017 kepada 40 peratus tahun lalu.



Sebaliknya, penjualan minuman dengan kandungan gula kurang daripada 5 peratus telah naik daripada 37 peratus kepada 60 peratus dalam tempoh yang sama.



Dalam ucapannya, Encik Ong juga berkata Singapura harus menggunakan pendekatan dialisis peritoneal (PD) yang diutamakan untuk pengurusan penyakit.



Buat masa ini di Singapura, hemodialisis kekal sebagai kaedah utama dialisis buah pinggang.



Walau bagaimanapun, PD yang boleh dilakukan di rumah pesakit, menawarkan lebih banyak kemudahan, pemerkasaan diri, keadaan normal dalam kehidupan, sambil mengekalkan hasil yang baik.



"MOH telah bekerjasama dengan hospital awam dan pertubuhan khidmat sosial untuk mengesyorkan PD sebagai pilihan dialisis yang diutamakan untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, kecuali mereka tidak sesuai daripada segi perubatan. Kami menyasarkan 30 peratus pengambilan PD dalam kalangan pesakit dialisis baru menjelang 2025," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >