Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha kolektif harus dibuat bagi perkukuh hubungan keluarga: Xueling

Sep 14, 2022 | 05:35 AM



DENGAN kadar perceraian yang meningkat serta penduduk yang pesat menua di Singapura, ia penting bagi prosiding keluarga untuk bukan sahaja cekap dan berkesan, tetapi juga menangani penyembuhan dan pemulihan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, semalam.



Semua orang dalam ekosistem berkenaan - peguam, ahli psikologi, pekerja sosial - perlu bekerjasama untuk menyediakan sokongan yang menyeluruh buat keluarga.



Cik Sun menekankan demikian dalam ucapannya menerusi sebuah webinar kepada lebih 300 peguam yang hadir dalam Persidangan Keluarga tahun ini.



Persidangan dua hari itu yang bertemakan 'Perkara yang Penting bagi Perjalanan ke Sempadan Baru' atau 'Essentials for the Journey into New Frontiers', meneroka banyak perubahan undang-undang substantif dan tatacara yang telah berkuatkuasa sepanjang tahun lalu, serta cabaran yang dihadapi peguam keluarga dalam amalan.



"Keutamaan pertama kita sentiasa adalah untuk menyelamatkan perkahwinan. Di mana perceraian tidak boleh dielak, kita perlu memupuk keadilan terapeutik untuk mendatangkan penyembuhan dan membantu keluarga tersebut teruskan kehidupan... Dengan masyarakat yang menua dengan pesat, kita juga perlu meneruskan sokongan kita kepada keluarga yang menjaga orang tersayang yang mengalami kehilangan keupayaan mental. Ini bukan sahaja melibatkan proses perundangan 'Deputyship', tetapi juga mempunyai sokongan sosial yang cukup serta menyediakan akses kepada khidmat kaunseling," ujarnya.



Beliau menambah bahawa perlu untuk menggalak individu, terutamanya warga emas, agar melakukan Surat Kuasa Berkekalan (LPA), melantik seseorang yang dipercayai agar membuat keputusan bagi pihak mereka sekiranya mereka hilang keupayaan mental mereka.



Sepanjang tahun lalu, Cik Sun berkata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah meluluskan pelbagai pindaan perundangan, antaranya, Piagam Wanita, Akta Keupayaan Mental dan Akta Pengambilan Anak Angkat.



Untuk memberi sokongan tambahan kepada mereka yang bercerai, Cik Sun menggariskan beberapa pindaan yang dilakukan, antaranya Program Keibubapaan Wajib bagi semua ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak bawah umur, serta Program untuk Kanak-Kanak yang memberi sokongan kepada anak-anak yang ibu bapa mereka bercerai, seperti khidmat kaunseling dan program berkumpulan.



Mahkamah juga, katanya, boleh memerintahkan pelbagai langkah baru bagi penguatkuasaan perintah akses anak.



Kedepannya, MSF sedang bekerjasama dengan Mahkamah Keadilan Keluarga (FJC) dan Kementerian Undang-Undang untuk mempertingkat rejim penguatkuasaan pembiayaan.



Cik Sun berkata mereka sedang mengkaji bagaimana untuk menyediakan cara yang lebih cekap dan bekersan untuk menguatkuasa perintah pembiayaan dan mengurangkan penguatkuasaan berulang.



"Sebagai sebahagian ekosistem keluarga nasional, masyarakat keadilan keluarga memainkan peranan genting dalam usaha kolektif kita untuk memperkukuh hubungan keluarga dan memupuk keadilan terapeutik. Sama-sama saya pasti kita boleh memastikan hasil terbaik mungkin buat ibu bapa dan anak-anak mereka," katanya.




"Sebagai sebahagian ekosistem keluarga nasional, masyarakat keadilan keluarga memainkan peranan genting dalam usaha kolektif kita untuk memperkukuh hubungan keluarga dan memupuk keadilan terapeutik. Sama-sama saya pasti kita boleh memastikan hasil terbaik mungkin buat ibu bapa dan anak-anak mereka."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >