Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha lentur pembangunan awal kanak-kanak diiktiraf

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



SETIAP bilik darjah di pusat prasekolah My First Skool di Tampines dilengkapi dengan 'ruang aman' di satu sudut.



Ia bertujuan membantu kanak-kanak berdikari dalam usaha menyelesaikan masalah, baik yang dihadapi berhubung dengan kawan mahupun bagi menenangkan diri apabila berasa marah atau sedih.



Langkah itu saranan pengetua pusat itu, Cik Nurfarhan Abdul Kadir, demi membina keupayaan menyelesaikan masalah dalam diri kanak-kanak.



Menurut beliau, pendekatan tersebut penting diterapkan dalam fasa awal pembangunan dan pembelajaran kanak-kanak, dan ini diterangkan kepada semua kakitangan pendidik pusat itu serta ibu bapa kanak-kanak.



Dedikasi serta potensi Cik Nurfarhan, yang telah menyumbang kepada sektor pendidikan awal kanak-kanak selama 14 tahun, menonjolkan keupayaan beliau sebagai seorang pemimpin dalam sektor itu.



Usaha Cik Nurfarhan diiktiraf apabila beliau salah seorang daripada 17 pendidik dan lapan pusat prasekolah yang menerima anugerah Kecemerlangan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam satu majlis dalam talian semalam.



Anugerah itu bertujuan menonjolkan profesionalisme dalam sektor pendidikan kanak-kanak dan mengiktiraf pendidik serta pusat prasekolah yang menunjukkan potensi, ujar Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan semalam.



Cik Nurfarhan, yang menerima Anugerah Pemimpin Pembangunan Awal Kanak-Kanak Paling Berpotensi, berkata:



"Anugerah ini memberi motivasi bukan kepada saya sahaja, malah pasukan yang bekerjasama dengan saya, keluarga yang menjadi sumber sokongan, dan rakan kongsi yang terlibat.



"Memang betul pepatah it takes a village to raise a child, iaitu seluruh kampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak, dan ini jelas dilihat melalui pengalaman yang saya lalui."



Dalam sebuah video yang dimainkan semasa acara semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata penerima anugerah menunjukkan mutu dalam mengajar, menjaga, memimpin serta berinovasi dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak.



"Saya berharap semua karyawan pendidikan awal kanak-kanak di sini terus berusaha mencapai kecemerlangan sebagai satu fraterniti dan saling menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat bersama untuk memberikan permulaan baik bagi semua kanak-kanak," kata Encik Masagos.



Beliau menambah bahawa karyawan pembangunan awal kanak-kanak "jantung" yang menentukan mutu prasekolah.



"Seorang pendidik yang baik menjadikan pusat prasekolah baik, dan ini membantu membentuk kanak-kanak yang gembira dan dapat membesar dengan baik," ujar Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >