Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha perintis sedia lebih ruang solat Jumaat akan disemak: Muis

96% jemaah di 4 masjid projek cubaan sudah terima vaksin penuh, 11 jalani ujian praacara dan segelintir tak diizin masuk
Jun 29, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan menyemak usaha perintis dua minggu di empat masjid yang menyediakan lebih banyak ruang solat Jumaat menggunakan ujian praacara (PET), setelah ia berakhir pada 2 Julai.



Muis kemudian akan mengumumkan bagaimana dan bila ruang solat Jumaat boleh ditambah di lebih banyak masjid, umum majlis itu dalam satu kenyataan semalam.



Ia turut berkongsi bahawa 96 peratus jemaah solat Jumaat di empat masjid itu - Mujahidin, Assyafaah, Ar-Raudhah dan Al-Istighfar - minggu lalu telah divaksin sepenuhnya, sementara 11 yang tidak divaksin sepenuhnya menunjukkan keputusan PET yang sah.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Muis berkata 39 jemaah tidak dibenarkan masuk.



Menurut Muis, antara sebab sejumlah kecil jemaah tidak dibenarkan mendirikan solat Jumaat di masjid itu pada 25 Jun lalu ialah mereka tidak divaksin sepenuhnya dan tidak memahami keperluan yang ditetapkan.



"Ini termasuk hanya mengambil dos pertama vaksin, atau belum membiarkan vaksin mula berkesan 14 hari setelah dos kedua, atau sama ada mereka dikecualikan daripada PET kerana mereka sedang menjalani ujian rutin di tempat kerja," ujar Muis.



Justeru, Muis mengingatkan jemaah yang mendapat tempahan bagi solat Jumaat minggu ini agar mengambil PET sah sekiranya mereka belum menerima kedua-dua dos vaksin.



Sementara itu, tempahan bagi ketiga-tiga sesi solat Jumaat di empat masjid itu penuh.



Kementerian Kesihatan (MOH) hanya membenarkan PET dan ini tidak termasuk rejim ujian rutin yang kini diadakan di beberapa tempat kerja, yang mungkin tidak memenuhi syarat MOH bagi PET, tambah Muis.



Berkongsi panduan, Muis berkata jemaah yang mempunyai tempahan dibenarkan masuk masjid jika mereka sudah menerima vaksin penuh, bermakna mereka sudah melepasi 14 hari setelah dos kedua vaksin Covid-19. Ini bermakna mereka yang mendapat slot Jumaat ini telah divaksin sebelum 18 Jun.



Jemaah juga boleh memeriksa status vaksinasi mereka di aplikasi HealthHub dan TraceTogether. Keperluan vaksinasi ini juga dinyatakan di sistem tempahan masjid dalam talian serta e-mel pengesahan tempahan, kata Muis.



Di samping itu, Muis mendapati sejumlah kecil jemaah yang mendapat tempahan tidak hadir dan tidak membatalkan tempahan.



"Sementara kami tahu ada di antara mereka mungkin mempunyai sebab pada saat terakhir untuk tidak datang, kami merayu kepada jemaah agar, kalau boleh, membatalkan tempahan mereka sebaik saja mendapat tahu mereka tidak dapat memenuhi tempahan mereka, dan memberi peluang kepada orang lain untuk menempah slot yang dibatalkan," ujar Muis.



Dalam pada itu, Muis terus menggalak masyarakat Islam supaya menjalani vaksinasi jika mereka boleh, sebaik sahaja peluang ditawarkan kepada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >