Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha perkasa daya tahan warga SG perlu diteruskan

Ini memandangkan pandemik berlarutan, jejas kesihatan dan kesejahteraan mental penduduk: Janil
Aug 15, 2021 | 05:30 AM



USAHA membina daya tahan lebih hebat di kalangan warga Singapura perlu diteruskan agar negara ini dapat muncul lebih kuat daripada krisis Covid-19 yang sedang dihadapi kini.



Ini sedang pandemik tersebut dijangka terus menimbulkan cabaran kepada kesihatan dan kesejahteraan mental penduduk, lebih-lebih lagi memandangkan kesannya mungkin berterusan bagi beberapa tahun akan datang.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di Persidangan Kesedaran Asia-Pasifik semalam, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata pengajaran yang ditimba semasa pandemik ini akan digunakan untuk mempertingkatkan usaha kesihatan mental sedia ada bagi jangka masa lebih panjang, dengan kerjasama rakan kongsi dan pihak berkepentingan.



"Pandemik Covid-19 telah bersama kita selama lebih setahun. Disebabkan oleh pandemik ini, ramai orang menghadapi gangguan teruk kepada kehidupan dan mata pencarian mereka.



"Pengasingan sosial, ketidaktentuan ekonomi dan kehilangan pendapatan telah menyumbang kepada peningkatan dalam kebimbangan dan kesedihan di kalangan penduduk kita," kata Dr Janil di acara dalam talian yang dianjurkan bersama oleh Pusat Brahm dan rakan kongsi setempat dan antarabangsa itu.



Persidangan tersebut dihadiri lebih 70 peserta dalam dan luar negara yang mengongsi manfaat, amalan dan sains di sebalik kesedaran untuk meningkatkan kehidupan.



Dr Janil berkata, dalam tempoh mencabar ini, pemerintah antara lain telah menubuhkan Talian Jagaan Nasional untuk memberi bantuan psikologi dan sokongan emosi kepada orang awam, dan membentuk Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 pada Oktober lalu untuk menangani kesan psikososial pandemik ini ke atas penduduk.



Pelbagai agensi juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membantu warga Singapura mengharungi masa mencabar ini, seperti kempen Brave the New yang dilancarkan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) tahun lalu.



Kempen itu menggalak warga mengambil langkah proaktif untuk menyokong kesejahteraan mental mereka dan orang lain.



Pemerintah juga telah meningkatkan keupayaan khidmat kesihatan mental masyarakat di bawah Pelan Induk Kesihatan Mental Masyarakat, kata Dr Janil.



Ini termasuk menubuhkan 21 pasukan campur tangan masyarakat yang dipimpin sekutu kesihatan untuk menawarkan khidmat seperti kaunseling bagi orang-orang dengan keperluan kesihatan mental di rumah mereka.



Pusat Brahm pula akan merintis program celik kesihatan mental berasaskan kesedaran di sekolah-sekolah.



Program itu akan membolehkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru meraih penghargaan dan pemahaman lebih mendalam tentang cara minda berfungsi untuk mencapai peraturan emosi dan pembelajaran yang berkesan.



"Pandemik Covid-19 telah menjadi ujian tekanan bagi sistem kesihatan mental Singapura, dan saya gembira dengan usaha yang diambil oleh masyarakat dan sistem kesihatan mental kita untuk menangani kesan psikososial pandemik ini," kata Dr Janil.




"Pandemik Covid-19 telah bersama kita selama lebih setahun. Disebabkan oleh pandemik ini, ramai orang menghadapi gangguan teruk kepada kehidupan dan mata pencarian mereka. Pengasingan sosial, ketidaktentuan ekonomi dan kehilangan pendapatan telah menyumbang kepada peningkatan dalam kebimbangan dan kesedihan di kalangan penduduk kita... Pandemik Covid-19 telah menjadi ujian tekanan bagi sistem kesihatan mental Singapura, dan saya gembira dengan usaha yang diambil oleh masyarakat dan sistem kesihatan mental kita untuk menangani kesan psikososial pandemik ini."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >