Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Usaha RRG bantu hidup aman di SG: DPM Heng

Peluasan Pusat Sumber dan Kaunseling akan tingkat usaha jangkauan RRG
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



USAHA Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) mendekati orang awam penting untuk memupuk keharmonian kaum dan agama di Singapura, serta menyebar mesej sebenar Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Ini sedang ancaman yang menggugat hubungan kaum dan agama, termasuk ancaman pengganasan, terus wujud meskipun pandemik Covid-19 masih menular.



Oleh itu, projek meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) RRG yang terletak di Masjid Khadijah akan memberi suntikan kepada usaha mendekati masyarakat bagi menentang ideologi radikal.



"Jangkauan oleh RRG penting dalam membangun Singapura yang membolehkan orang ramai daripada pelbagai kaum dan agama hidup aman bersama, dibina atas sikap saling faham dan percaya.



"Selain itu, Pusat Sumber dan Kaunseling itu bukan berperanan membantu pengunjung memahami pengganasan global dengan lebih baik sahaja, bahkan memberi peluang memahami ajaran Islam yang sebenar, iaitu mesej keamanan," kata Encik Heng.



Beliau berkata demikian semalam semasa berucap dalam sebuah majlis di Masjid Khadijah untuk mendedahkan rancangan pembangunan semula masjid berusia lebih 100 tahun itu, serta meluaskan RCC RRG.



Masjid Khadijah, yang dibina pada 1920, pernah menjalani usaha pemuliharaan besar-besaran pada 2001. Masjid itu berperanan menyokong RRG, yang ditubuhkan pada 2003, termasuk menyediakan tempat bagi sekretariat kumpulan itu.



RCC kumpulan itu pula ditubuhkan pada 2014 di tingkat dua masjid itu, menyediakan rujukan bagi orang awam mendapatkan penjelasan dan kaunseling tentang ideologi radikal dan fahaman pelampau.



Projek pembangunan semula dan peluasan itu diterajui bersama oleh Majlis Ugama Islam Singapura, Masjid Khadijah, dan RRG.



Dalam ucapannya semalam, Encik Heng menyifatkan projek itu sebagai satu usaha "tepat pada masanya yang akan meningkatkan usaha jangkauan".



"Ia akan meningkatkan dan memberi nafas baru kepada masjid, dan meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling untuk mendekati lebih ramai warga Singapura.



"Pusat Sumber dan Kaunseling yang diperluas itu juga akan memperkukuh usaha jangkauan menentang ideologi, yang amat penting dalam norma baru digital dengan ancaman radikal dalam talian sedang meningkat," kata Encik Heng.



Beliau juga menarik perhatian tentang ancaman yang boleh menggugat hubungan kaum dan agama, termasuk di negara maju, sambil memberi contoh gerakan Black Lives Matter (Nyawa Kulit Hitam Penting) di Amerika Syarikat.



Walaupun Covid-19 masih menular, tindakan pengganasan masih berlaku, dan Singapura tidak terkecuali daripada ancaman itu.



Encik Heng memberi contoh dua kes belia radikal sendiri - seorang ditahan kerana merancang menyerang masjid dan seorang lagi mahu menyerang sinagog masyarakat Yahudi di Singapura - baru-baru ini.



Oleh itu, beliau gembira pemimpin agama dan masyarakat telah bersatu padu mengatasi fahaman pelampau, dan bersuara mengecam pengganasan dan ideologi radikal.



Encik Heng turut berkata selain usaha RRG, masyarakat Melayu/Islam berusaha gigih untuk memupuk semangat muhibah antara pelbagai masyarakat di sini.



Ini termasuk usaha oleh badan Melayu/Islam dan sukarelawan, dan pemimpin masyarakat yang tampil menyumbang dalam pelbagai bidang, daripada bahasa dan budaya hingga keagamaan.



Ramai juga individu berjaya yang menabur bakti kepada negara dan masyarakat.



"Masyarakat mempunyai martabat kerana ia tahu ia diri sama tinggi dari segi pencapaian, dan bukan hanya dari segi hak.



"Seperti yang dilihat hari ini, ramai di serata dunia kagum akan kejayaan masyarakat Melayu/Islam bersepadu dalam masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya kita," kata Encik Heng.



Majlis semalam turut dihadiri Menteri Kanan Teo Chee Hean, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Dua pengerusi bersama RRG, Ustaz Ali Mohamed dan Ustaz Mohd Hasbi Hassan; Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood; dan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir juga hadir.




PERUBAHAN KE ATAS MASJID KHADIJAH SERTA PUSAT SUMBER DAN KAUNSELING RRG



- Muka bangunan Masjid Khadijah akan dipertingkat untuk mengubah pejabat masjid dan kaki lima menjadi galeri luar Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) RRG.



- Lobi lif baru untuk ke Dewan Serbaguna di tingkat 4.



- Kawasan di sekitar masjid akan diubah suai untuk menyediakan tempat alternatif untuk turun dari kenderaan.



- Ruang lebih besar di tingkat 4 untuk dewan serbaguna yang dikongsi RCC dan masjid, dan galeri RCC yang diluaskan.



- Dua lif baru untuk akses ke dewan serbaguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >