Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha RRG pupuk Muslim yang baik dalam negara sekular dialu-alu

Feb 27, 2019 | 05:30 AM



PROGRAM Kesedaran Belia (APY) yang diusahakan oleh Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) tentang perlunya hidup sebagai Muslim yang baik dalam negara sekular dialu-alukan oleh Presiden Halimah Yacob.



Program 10 minggu yang disasarkan kepada belia berusia 16-25 tahun merangkumi topik termasuk kesederhanaan dalam Islam serta kehidupan seorang Muslim dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama.



Naib Pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata kumpulan belia pertama baru menamatkan program tersebut.



"(Program ini) memberi peluang kepada anak-anak muda mempelajari beberapa topik penting terutama sekali yang dapat membantu mereka hidup sebagai seorang Muslim yang baik dalam negara yang sekular," katanya.



Tambahnya, yang penting bagi belia di Singapura adalah memahami bahaya fahaman radikal dan memainkan peranan dalam menasihati dan memantau teman-teman serta keluarga supaya tidak terpengaruh.



APY dijalankan dua kali setiap tahun pada Januari dan September.



Program itu adalah antara kandungan taklimat yang disampaikan Ustaz Dr Mohamed kepada Presiden Halimah mengunjungi Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), dengan ditemani suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, di Masjid Khadijah semalam.



Usaha memerangi ideologi yang membawa kepada pengaruh ekstremis atau pengganas, seperti program yang diusahakan oleh RRG itu, perlu diteruskan dan kekal kukuh supaya bibit-bibit pemikiran yang berbahaya tiada ruang untuk berkembang dan menjejas fabrik sosial masyarakat Singapura, kata Presiden Halimah.



Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dalam usaha menghapuskan golongan dan juga pemikiran ekstrem, termasuk mengukuhkan hubungan antara kaum, kata beliau semasa berucap.



Perpaduan masyarakat, kata Presiden Halimah, adalah kunci kestabilan dan kemajuan Singapura.



"Untuk mencapai kemenangan dalam usaha memerangi ektremisme memerlukan usaha yang merangkumi lebih daripada ha nya menghapuskan ideologi radikal.



"Kita harus mengambil pendekatan yang lebih meluas iaitu dengan mengukuhkan hubungan antara kaum, dengan membentuk persefahaman dan rasa hormat antara satu sama lain.



"Kita harus mengukuhkan daya tahan masyarakat kita supaya tidak menjadi mangsa radikalisme disebabkan kurangnya kepercayaan dalam masyarakat kita sendiri," kata beliau.



Semasa kunjungan itu, Puan Halimah telah diberi penerangan oleh Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, mengenai aspek-aspek berbeza pusat tersebut.



Menurut Ustaz Dr Mohamed, seramai 11,200 orang telah mengunjungi pusat tersebut sejak ia ditubuhkan pada 2014.



Semasa kunjungan itu, Puan Halimah juga telah berinteraksi dengan anggota RRG dan me nikmati jamuan makan malam.



Menyentuh tentang usaha masyarakat Islam Singapura, Puan Halimah berkata bahawa daya tahan yang kuat harus dikekalkan dalam memerangi ideologi berbahaya.



"(Masyarakat Islam Singapura) harus te rus mempertingkat daya tahan mereka dengan mengukuhkan identiti Muslim Singapura yang dibentuk dari generasi ke generasi dalam masyarakat.



"Contohnya, dalam usaha memerangi sebarang penyakit, walaupun penting mencari ubat penyakit tersebut, penting juga bagi kita mengambil langkah mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit tersebut," katanya.



Keprihatinan utama yang ditekankan adalah fahaman serta tindakan pengganas boleh mengapi-apikan lagi kebencian mereka yang tidak suka kepada Islam (Islamophobes).



"Pengganasan serta pembunuhan individu yang tidak bersalah selari dengan naratif Islamophobe bahawa Islam itu terkebelakang, menghalang kemajuan dan bahawa semua masyarakat Islam ganas dan tidak dapat menyesuaikan diri dalam dunia moden.



"Kita harus membantah naratif ini de ngan menunjukkan bahawa kita mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara yang kita diami," katanya.




"Untuk mencapai kemenangan dalam usaha memerangi ektremisme memerlukan usaha yang merangkumi lebih daripada hanya menghapuskan ideologi radikal. Kita harus mengambil pendekatan yang lebih meluas iaitu dengan mengukuhkan hubungan antara kaum, dengan membentuk persefahaman dan rasa hormat antara satu sama lain. Kita harus mengukuhkan daya tahan masyarakat kita supaya tidak menjadi mangsa radikalisme disebabkan kurangnya kepercayaan dalam masyarakat kita sendiri."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >