Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha sokong belia memerlukan dapat suntikan Dana S'pura Kita

Feb 20, 2020 | 05:30 AM



SETIAP malam Khamis, Kelab Masyarakat Marsiling akan dibanjiri belasan pelajar sekolah menengah yang akan berhimpun untuk bermesra sambil menjamu hidangan makanan seperti pizza dan mengambil bahagian dalam permainan secara berpasukan.



Para pelajar ini, yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah di estet kejiranan itu, juga kadang kala akan dibawa melawat ke tempat-tempat seperti pusat bowling.



Dinamakan Progress Nest, inisiatif ini yang dicetuskan oleh Encik Muhd Akram Hanif, pada Jun tahun lalu, bertujuan untuk membantu perkembangan sosial dan emosi belia di tahun-tahun penting pembesaran mereka dengan menganjurkan pelbagai aktiviti.



"Kami mengadakan program ini untuk membina hubungan dengan golongan ini dan beri mereka kefahaman bahawa mereka mempunyai kumpulan sokongan yang dapat melalui kehidupan bersama mereka," kata setiausaha pejabat di syarikat perkapalan, yang berusia 24 tahun itu.



Namun, usaha murni Encik Akram ini tidak mungkin dapat direalisasikan jika tanpa sokongan Dana Singapura Kita (OSF).



Dana itu yang dilancarkan pada 2016 dan telah menyokong lebih 240 projek dari peringkat bawah ke atas - atau 'ground-up' - yang terdiri daripada cabang sukan hingga ke seni.



Kini, inisiatif itu mempunyai sekitar 40 pelajar dan dibantu lebih 10 sukarelawan belia.



Encik Akram yang memohon sokongan OSF enam bulan selepas menubuhkan Progress Nest mengakui bahawa ia agak mencabar untuk mencapai matlamat inisiatifnya tanpa sumber yang mencukupi.



Sejauh ini, beliau telah menerima sokongan kewangan sebanyak $13,000, yang katanya disalurkan bagi aktiviti seperti lawatan, makanan dan menyewa bus ke acara-acara.



Semasa membentangkan Belanjawan 2020 kelmarin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata:



"Progress Nest yang dimulakan oleh Encik Akram Hanif membantu anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. Melalui usaha sama ini, kami dapat melakukan lebih banyak dan lebih baik. Kami komited menjadikan kerjasama satu bahagian penting bagi membina masa depan Singapura."



Encik Heng mengumumkan penambahan jumlah dana OSF kepada $20 juta tahun ini, berbanding $4.3 juta yang ditetapkan pada 2016.



Ia juga akan dilanjutkan selama lima tahun - mulai hujung tahun ini hingga 2025.



"Ia memberi petanda kepada para pelajar bahawa mereka disayangi dan akan dijaga.



"Kami juga berharap penambahan dana ini dapat bantu kembangkan khidmat kami dalam bahagian lain, memanfaatkan lebih ramai pelajar dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >