Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha syarikat utamakan kesejahteraan NSman diiktiraf

Nov 20, 2023 | 09:30 PM



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Peregrine Security Pte Ltd, Encik Muhammad Ridhuan Supan, mengutamakan dan memastikan kesejahteraan pekerja Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSman) tidak diabaikan, termasuk memberi mereka fleksibiliti dari segi masa dan promosi serta manfaat di tempat kerja.

Usaha beliau diiktiraf apabila syarikatnya menerima Anugerah Penyokong Perkhidmatan Negara (NS) bagi syarikat besar semasa Majlis Anugerah Pertahanan Mutlak 2023 pada Isnin.

Antara penerima anugerah itu bagi bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) ialah Danamic Pte Ltd, yang diwakili pengasasnya, Encik Muhammad Danish Muhammad.

Tetamu terhormat majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City ialah Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Tahun ini, 218 Anugerah Penyokong NS disampaikan kepada 113 SME, 40 syarikat besar, 46 pertubuhan dan 19 individu.

Anugerah Penyokong NS adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan sebagai mengiktiraf sokongan teladan mereka kepada Pertahanan Mutlak dan NS.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How dan Encik Zaqy Mohamad, serta Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, turut hadir di majlis itu. 

Di Peregrine Security, pekerja NSman diberi kelonggaran masa agar ada masa untuk berehat dan menghabiskan masa bersama orang tersayang setiap kali selepas menjalanni latihan dalam kem (ICT).

Encik Ridhuan, 42 tahun, juga mengiktiraf prestasi pekerja NSman beliau semasa NS dan menganggap ia sebagai salah satu petunjuk penilaian prestasi dalam menentukan prestasi bonus, kenaikan pangkat dan menawarkan peluang dan prospek kerjaya yang progresif.

Bercakap bersama Berita Harian, beliau menjelaskan bahawa pengiktirafan sumbangan serta pengorbanan dalam kalangan NSman dapat membantu memupuk budaya kerja yang menyokong.


Peregrine Security, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan teknologi dan tenaga manusia untuk mengukuhkan infrastruktur keselamatan fizikal, juga memberikan sokongan penuh dan membuat pengaturan dalam jadual kerja apabila mereka melakukan ICT.

Beliau berkata: “Jadi dengan adanya susunan sebegini – menyediakan fleksibiliti dan melaksanakan dasar sokongan, kami menunjukkan rasa hormat kami terhadap kesejahteraan pekerja NSman kami dan mewujudkan persekitaran di mana mereka boleh mengimbangi kerja dan NS mereka dengan berkesan.”

Antara 500 kakitangan Peregrine Security, antara 50 hingga 100 adalah NSman.

Sementara itu, di Danamic, pekerja NSman yang menyelesaikan kitaran Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS) dan meraih pencapaian dalam Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) dan ICT diberi baucar beli-belah atau barang runcit sebanyak $20.

Encik Danish, 28 tahun, menjelaskan bahawa beliau serta pengarah kreatifnya bertemu di unit yang sama sewaktu menjalani NS.

“Melalui pengalaman sama yang kami lalui, kami memahami banyak perkara yang dilalui NSman. Justeru itu, kami mengutamakan mereka yang perlu melakukan IPPT dan menyediakan masa cuti untuk mereka berlatih,” ujar beliau.

Danamic, sebuah agensi kreatif, juga menyerlahkan pencapaian NS mereka melalui kumpulan sembang, atau ‘chat group’, dalaman keseluruhan syarikat mereka, termasuk ‘intern’.

Selain itu, Danamic, memberi NSman masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga mereka selepas tamat ICT dan sebelum kembali bekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >