Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan bangun dana bantuan di S'pura, sokong India atasi Covid-19

Apr 27, 2021 | 06:03 PM



SEBUAH dana bantuan baru telah dibangunkan di Singapura bagi mengumpul dana dan menyokong India dalam perjuangannya menentang wabak Covid-19.



Inisiatif oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) dan Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha) itu dilancarkan pada Isnin (26 April).



"Penularan wabak Covid-19 ini membawa kesan yang tidak dijangka ke atas penduduk India, membawa pada pelbagai krisis merata negara. Dalam berdepan dengan cabaran ini, SICCI dan Lisha secara bersama mengumpul sokongan kewangan bagi membantu India menguruskan tekanan yang besar terhadap khidmat kesihatannya," kata dua pertubuhan itu dalam kenyataan bersama mereka.



Semua hasil kutipan dana ini akan diberikan kepada Palang Merah Singapura. Lebih banyak keterangan tentang bagaimana dana ini akan digunakan akan didedahkan pada tarikh mendatang.



Dua pertubuhan ini juga bekerjasama dengan agensi pemerintah di Singapura dan India bagi memastikan kebanyakan golongan memerlukan akan menerima sokongan yang diperlukan daripada Dana Bantuan Covid India.



SICCI juga telah mendapatkan bantuan pembekal peralatan perubatan yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga di India melalui Suruhanjaya Tinggi India di Singapura bagi mendapatkan maklumat tentang keutamaan yang perlu disegerakan dan keperluan mendesak.



"Permohonan awal SICCI dan Lisha ditumpukan pada memberi respons darurat bagi membantu melindungi golongan memerlukan daripada impak langsung kerana penularan pesat Covid-19 di samping mempertingkat simpanan, pelindungan dan bantuan di negeri-negeri dan hospital sekitar India yang diberi keutamaan," kata dua pertubuhan itu sambil menambah hospital India terdesak memerlukan pengalih udara dan alat penumpu oksigen.



Pada Isnin (26 April), India melaporkan lebih 352,000 kes Covid-19 baru, rekod global bagi hari kelima berturut-turut yang menggambarkan peningkatan kes harian di negara ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >