Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Mohamed bakal ambil alih jawatan pengerusi bersama RRG

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



PERUBAHAN pucuk kepimpinan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), telah lama difikirkan kededua pengerusi bersama kumpulan tersebut, kata Ustaz Dr Mohamed Ali, yang bakal mengambil alih jawatan pengerusi bersama kumpulan itu daripada bapanya, Ustaz Ali Mohamed.



Ini memandangkan keadaan kesihatan Ustaz Ali, 74 tahun, yang kurang baik membuat bapanya menarik diri daripada jawatan tersebut, tambah Ustaz Dr Mohamed yang akan menyandang jawatan pengerusi bersama RRG mulai 1 September ini.



Seorang lagi pengerusi bersama RRG adalah Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, 62 tahun.



Selepas bersara pada akhir bulan ini, Ustaz Ali akan kekal menyumbang pengalamannya selaku Presiden Emeritus RRG.



Dalam ucapannya di Rapat Hari kebangsaan kelmarin, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merakamkan penghargaan beliau atas sumbangan besar Ustaz Ali.



Encik Lee berkongsi bahawa Ustaz Ali juga telah mengundurkan diri selaku Pengerusi Masjid Khadijah selepas menerajunya selama 30 tahun.



Tanggungjawab selaku Pengerusi Masjid Khadijah kini di bahu Ustaz Dr Mohamed, 49 tahun, sejak 1 Ogos lalu.



"Kini memandangkan keadaan Ustaz Ali (yang kurang sihat) maka Ustaz Ali sendiri berasakan lebih baik beliau mengundur diri daripada pucuk kepimpinan RRG untuk memberikan tumpuan kepada kesihatannya. Namun, RRG merasakan kepakaran, hikmah dan pengalaman serta ilmu Ustaz Ali itu seharusnya dimanfaatkan oleh RRG. Tahun depan, RRG akan berusia 20 tahun.



"Maka kami harapkan pucuk kepimpinan yang baru ini akan cuba membawa RRG ke tahap selanjutnya memandangkan kami sedar bahawa usaha menentang pengganasan dan ideologi radikal ini adalah sesuatu yang berterusan dan perlu ditangani dengan lebih efektif," kata Ustaz Dr Mohamed semasa ditemui media kelmarin.



Bermula dengan 13 anggota semasa ia mula ditubuhkan, RRG kini mempunyai seramai 45 anggota.



RRG ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dan guru Islam yang secara sukarela menyediakan kaunseling agama kepada anggota Jemaah Islamiyah (JI), bagi memperbetulkan fahaman radikal mereka.



Selama bertahun-tahun, RRG juga mengembangkan kerjanya untuk merangkumkan usaha menentang ideologi ekstremis.



Ustaz Dr Mohamed menjadi sukarelawan Masjid Khadijah sejak 1988 dan menjadi anggota Lembaga Pengurusan Masjid Khadijah (KMMB) sejak 2013.



"Masjid Khadijah telah menjadi seperti rumah saya yang kedua dan tempat saya dilatih dalam pentadbiran dan kepimpinan oleh Ustaz Ali sejak bertahun lamanya," kata bapa dua anak remaja itu lagi dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian (BH).



Ustaz Dr Mohamed yang merupakan anak kedua daripada enam anak Ustaz Ali, sebelum ini merupakan naib pengerusi RRG sejak 2014.



Ustaz Dr Mohamed juga berkata bahawa semasa kepimpinan Ustaz Ali, Masjid Khadijah telah dibangunkan semula dengan infrastruktur baru.



Ia juga telah dijadikan pusat bagi segala kegiatan RRG dalam menentang fahaman radikal dalam masyarakat.



Kini, Masjid Khadijah sedang menjalani satu lagi peningkatan dan baik pulih yang melibatkan bangunan tambahannya dan juga bangunan wakaf Khadijah.



Ia dijadualkan siap pada awal tahun depan. Apabila siapa kelak, Masjid Khadijah dan RRG akan mempunyai pejabat dan ruang menyambut tamu serta auditorium baru yang boleh menempatkan seramai 120 orang.



"Saya dan rakan-rakan akan cuba mendekati lebih ramai lagi jemaah masjid terutama sekali anak muda untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masjid dalam apa juga kapasiti yang mereka boleh.Mendekati remaja dan melibatkan mereka dalam usaha ibadah, dakwah, sosial dan menentang fahaman radikal adalah sesuatu yang akan saya pergiatkan lagi di Masjid Khadijah.



"Saya merasa potensi yang ada pada anak muda Muslim kini harus dimanfaatkan dan disalurkan melalui cara yang baik iaitu melalui platform masjid dan pertubuhan. Dengan cara ini juga tidak langsung, kita mempersiapkan barisan kepimpinan masjid pada masa akan datang," tambahnya lagi.




"Tahun depan, RRG akan berusia 20 tahun.



Maka kami harapkan pucuk kepimpinan yang baru ini akan cuba membawa RRG ke tahap selanjutnya memandangkan kami sedar bahawa usaha menentang pengganasan dan ideologi radikal ini adalah sesuatu yang berterusan dan perlu ditangani dengan lebih efektif."
- Ustaz Dr Mohamed Ali, yang bakal mengambil alih jawatan pengerusi bersama kumpulan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >