Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Ustaz Skateboard' kongsi minat

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



AGAMA dan sukan biasanya jarang seiringan tetapi bagi guru pengajian taranum Al-Quran, Ustaz Nor Muhammad Ibn Ali, 40 tahun, sukan yang disertainya bukan saja kerana minat, bahkan demi kesihatan yang dikaitkan kesempurnaan demi menjalankan tugas sebagai seorang ustaz.



Sukan yang beliau ceburi bukan calang-calang - skateboarding atau papan luncur.



Di masa lapang, beliau akan ke taman-taman papan luncur untuk berlatih melakukan 'aksi' berani di pelantar-pelantar dengan tanjakan.



Beliau juga kadangkala berbasikal memasuki trek hutan untuk melakukan aksi cliffhanger dan double drop - yang sememangnya memerlukan kecekapan fizikal dan kawalan pernafasan.



"Saya gunakan sukan ini untuk bina stamina dan kuatkan paru-paru untuk pernafasan yang lebih panjang. Bila bertaranum Al-Quran, pengawalan pernafasan amat penting," ujar beliau.



Ustaz Nor Muhammad akan berkongsi kisahnya dengan hos The BM Show segmen Gah, Cik Hanim Mohd Saleh, dalam episod keenam musim ke-4 yang disiarkan esok di Beritaharian.sg, Faceboook dan Instagram.



Selain kisah Ustaz Nor dan papan luncur, episod ini juga akan mengajak penonton menjenguk kerja-kerja di balik tabir sebuah gedung yang menyimpan pelbagai barang runcit dan bagaimana barang yang dipesan pembeli menerusi dalam talian, dapat disediakan dengan cekap, pantas dan dihantar terus ke depan pintu rumah pelanggan.



Laporan lanjut - 'Ustaz Skateboard' ligat dengan kegiatan papan luncur




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >