Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

'Ustaz Skateboard' ligat dengan kegiatan papan luncur

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ANTARA YANG MENARIK DI ‘THE BM SHOW’ ESOK

'Ustaz Skateboard' ligat dengan kegiatan papan luncur

Dec 11, 2021 | 05:30 AM

JUBAH atau gamis, lengkap dengan kopiah putih adalah pakaian yang biasa dikenakan oleh Ustaz Nor Muhammad Ibn Ali, terutama ketika mengendalikan kes pengajian tarannum Al-Quran bersama pelajarnya yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan orang dewasa.

Namun jangan terkejut jika sesekali anda terlihat asatizah berusia 40 tahun itu muncul bersama murid- muridnya berpakaian sukan ala artis hip-hop - imej yang juga digunakan untuk para penggemar sukan papan luncur.

Di gelanggang papan luncur, Ustaz Nor Muhammad boleh bergaya dengan pelbagai aksi dengan lompatan berani dari tanjakan yang tinggi.

Tidak percaya, lihat saja koleksi video yang beliau kongsikan di Facebooknya, Nor Muhammd Ibn Ali.

Ayuh kita kenali Ustaz Nor Muhammad, lulusan di bidang Tahfiz dan Qiraat di Kolej Darul Quran Jakim di Selangor, dengan lebih dekat menerusi lima perkara tentangnya.

PERNAH JADI PENYANYI NASYID

Masih ingat kumpulan nasyid Nur Irsyad dari Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah yang popular sekitar 2001 itu sehingga kini masih diputarkan di radio, terutama menjelang subuh?

Ustaz Nor Muhammad yang ketika itu masih bergelar pelajar, merupakan penyanyi utamanya.

Antara lagu popularnya ialah Senandung Al Fateha.

Masih ingat wartawan bagaimana terkejut Ustaz Nor Muhammad apabila ditanya semasa sidang akhbar pelancaran album mereka sekitar 2001 dulu.

Pertanyaannya: "Awak pelajar madrasah, buat album nasyid... jadi cita-cita sebenar nak jadi ustaz ke nak jadi penyanyi?"

Mujur Ustaz Nor Muhammad tenang dan dapat menjawab dengan baik.

"Kedua-duanya sekali, kalau boleh," ujar beliau.

Ternyata Ustaz Nor Muhammad telah membuktikan kemampuannya melakukan kedua-duanya dengan baik.

Beliau kini bergerak sebagai penyanyi solo dan pernah menampilkan kumpulan nasyid kanak-kanak yang ditubuhkannya, NurSoba.

WAKILI SINGAPURA DI TILAWAH ANTARABANGSA

Ustaz Nor telah beberapa kali mewakili Singapura dalam tilawah menghafaz Al-Quran antarabangsa.

Pencapaiannya yang terbaik ialah apabila beliau mendapat tempat kelima di Majlis Tilawah Menghafaz Al- Quran Peringkat Antarabangsa ke-59 di Kuala Lumpur pada 2017.

Ustaz Nor Muhammad juga Johan Majlis Tilawah dan Tahfiz Kebangsaan (MTTQ) Singapura pada 2013 dan 2014.

DJ MAJLIS KAHWIN

Muzik juga boleh menjadi pengisi kerohanian yang menghiburkan.

Sebab itu, Ustaz Nor Muhammad, menggunakan minatnya dalam muzik sebagai saluran untuk berdakwah.

Beliau pernah memberi khidmat sebagai deejay untuk majlis-majlis perkahwinan dan mengenalkan khidmatnya sebagai "DJ Inspirasi".

Hanya muzik kerohanian dan yang membawa mesej positif akan diputarkan.

Dalam memulakan khidmat itu, kata Ustaz Nor Muhammad, beliau cukup prihatin memastikan hiburan yang diberikan tidak menimbulkan gangguan kepada jiran tetangga.

Justeru sistem pembesar suara yang digunakan dipastikan tidak terlalu mengaum dan hanya dapat dinikmati secara sederhana di kawasan majlis - tidak terlalu 'melimpah' ke jiran tetangga.

SUKA SUKAN LASAK

Selain papan luncur, Ustaz Nor Muhammad juga menggemari sukan lasak lain seperti berbasikal menggunakan trek tanah berbukit (trail trek).

Bermacam aksi lompat basikal yang telah beliau lakukan dengan mengimbangi di sudut-sudut curam seperti aksi "cliffhanger" dan "double drop."

Lihat video-video yang dikongsikan di media sosial, beliau ada gaya seperti stuntman!

'TO CHER WITH LOVE'

Ha... yang ini pernah menjadi tajuk sensasi dalam artikel Berita Minggu keluaran 3 Ogos 2008 - apabila dikongsikan kisah percintaannya dengan isterinya sekarang.

Beliau memilih gurunya sendiri, Cik Faridah Ahmad, guru muzik dan bahasa Inggeris yang mengajar Ustaz Nor Muhammad sejak beliau berusia 11 tahun dan menuntut di Madrasah Al-Irsyad.

Di bawah bimbingan Cikgu Faridah, yang pernah menganggotai Simfoni Koir Singapura, kumpulan nasyid pertama Madrasah Al-Irsyad itu ditubuhkan.

Perkahwinan mereka aman bahagia sehingga sekarang.

Ikuti interviu Ustaz Nor Muhammad dalam The BM Show musim 4 esok di Beritaharian.sg, Facebook dan Instagram.


TAMAN LUNCUR DI STADIUM SKATEPARK

Taman meluncur Stadium Skatepark yang terletak di tingkat paling atas Hab Sukan Singapura merupakan tempat yang sesuai untuk para penggemar sukan papan luncur berlatih dan menajamkan teknik.

Ia mempunyai tanjakan mini seluas 1.2 meter dan halangan kecil yang baik untuk sesi latihan.

Rel yang dipasang di platform atas serta permukaan yang lembut juga menjadikan tempat itu selamat untuk latihan bergelongsor bagi kanak-kanak.

Tempat ini boleh dimasuki berhampiran pintu 14 Stadium Negara.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3