Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Usul buat penyesuaian lambang negara, denda salah guna lebih berat

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



BENDERA Singapura tidak lama lagi mungkin boleh dipamerkan lebih kerap dan tidak hanya semasa sambutan Hari Kebangsaan, di bawah pindaan undang-undang yang diusul di Parlimen semalam.



Selain itu, penalti maksimum bagi penyalahgunaan lambang kebangsaan mungkin dinaikkan - daripada $1,000 sekarang kepada $30,000 dan penjara enam bulan - untuk melindunginya daripada penggunaan tidak sopan.



Rang Undang-Undang Lambang Kebangsaan yang diperkenal semalam oleh Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, jika diluluskan, akan menggantikan Akta Senjata, Bendera dan Lagu Kebangsaan Singapura (Safna) sedia ada.



Akta Safna hanya meliputi lambang negara, bendera negara dan lagu kebangsaan, manakala Rang itu akan memberi pengiktirafan berkanun rasmi kepada lambang kebangsaan yang diperkenal selepas 1959, iaitu ikrar, mohor awam, lambang kepala singa dan bunga kebangsaan.



Di bawah undang-undang yang diusul, gencana presiden, panji-panji presiden dan mohor presiden akan diiktiraf secara rasmi sebagai lambang presiden.



Rang itu juga memperuntukkan orang yang ditetapkan - seperti Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia - bagi membenarkan atau melarang penggunaan lambang kebangsaan di bawah peraturan.



Sebagai contoh, menteri itu boleh membuat pengecualian bagi membenarkan paparan bendera negara di luar tempoh Hari Kebangsaan biasa pada Julai hingga September.



Di bawah Akta Safna dan peraturannya, sebarang perubahan pada tempoh paparan memerlukan undang-undang untuk dipinda.



Perubahan ini adalah sebagai respons kepada seruan semakin meningkat daripada orang ramai agar dibenarkan bendera negara dikibar di luar tempoh Hari Kebangsaan semasa acara penting seperti Sukan Olimpik sebagai cara menyatakan kebanggaan dan perpaduan negara, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Sejajar dengan langkah memberi lebih banyak fleksibiliti dalam penggunaan lambang kebangsaan, Rang itu juga memperuntuk hukuman lebih berat bagi penyalahgunaannya.



Di bawah undang-undang yang diusul itu, pesalah boleh didenda hingga $30,000 atau dipenjara hingga enam bulan, atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Di bawah Akta Safna, penalti yang dikenakan ialah denda hingga $1,000 - yang ditetapkan pada 1959 apabila lambang kebangsaan pertama diperkenal.



MCCY menambah bahawa penalti baru itu serupa dengan penalti sedia ada bagi kesalahan merosakkan monumen negara di bawah Akta Pemeliharaan Monumen Negara 2009.



Kementerian itu berkata ia akan terus meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan sesuai, termasuk mengeluarkan garis panduan jelas mengenai penggunaan lambang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >