Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin bivalen Moderna dijangka tiba di S'pura akhir Sep

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



VAKSIN bivalen Spikevax milik syarikat Moderna dijangka dikirim ke Singapura menjelang akhir bulan ini, selepas Penguasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaannya di sini.



Pihak berkuasa akan mengumumkan butiran penghantarannya selepas pengurusannya ditetapkan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam platform media sosialnya kelmarin.



Vaksin bivalen itu, yang menyasarkan terhadap kededua virus asal Sars-CoV-2 dan varian Omicron BA.1, diluluskan untuk kegunaan sementara sebagai penggalak bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang telah menerima siri vaksinasi asas mereka.



"Kami jangkakan kiriman akan tiba akhir bulan ini.



"Menjelang tempoh itu, kami akan tetapkan pengurusannya dan kami akan umumkannya kepada orang ramai," kata beliau.



Rabu lalu, HSA berkata saranan rasmi bagi vaksin penggalak ini akan dikeluarkan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam jangka masa akan datang.



Ia menambah ia telah berunding dengan jawatankuasa penasihat ubat dan panel pakar penyakit berjangkit sebelum membuat keputusan itu.



Dalam satu video, Encik Ong berkata bahawa HSA sedang menilai vaksin bivalen daripada Pfizer BioNTech, yang telah diluluskan di beberapa negara seperti Britain sebagai penggalak satu dos bagi individu berusia 12 tahun ke atas.



Beliau juga menjawab beberapa soalan yang diterimanya tentang bagaimana vaksin bivalen ini bertindak, keberkesanan dan keselamatannya.



Tentang sekiranya vaksin ini berkesan, Encik Ong berkata:



"Data dari percubaan klinikal menunjukkan bahawa ia memberi kesan perlindungan yang kuat terhadap kededua varian dan terutamanya terhadap Omicron."



Menyentuh tentang sekiranya ia selamat, Encik Ong berkata risiko reaksi yang teruk adalah sama dengan formulasi sebelum ini.



Vaksin yang menentang virus berlainan bukan baru, kata Encik Ong.



Seperti contoh vaksin influenza adalah jenis vaksin yang menentang empat jenis virus influenza atau kuadrivalen.



Keselamatan vaksin bivalen baru adalah sepadan dengan vaksin asal Covid-19 Moderna.



Dan kesan sampingannya biasanya yang sedikit hingga sederhana seperti sakit pada tempat suntikan, serta lemah dan sakit otot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >