Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Covid-19 masih penting lindungi diri dari varian terkini

Oct 16, 2023 | 05:24 PM



Sungguhpun Covid-19 disifatkan sebagai virus endemik, adalah sangat penting untuk mendapatkan suntikan vaksin yang dikemas kini sebagai perlindungan daripada varian Covid-19 terkini.

Nasihat itu diberikan sedang Singapura mengharungi satu lagi gelombang jangkitan Covid-19 dengan anggaran kes harian meningkat daripada sekitar 1,000 empat minggu lalu kepada lebih 2,000 dalam tempoh tiga minggu lalu.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin oleh Moderna Singapore, vaksin Covid-19 yang dikemas kini seperti Spikevax masih penting untuk melindungi warga Singapura ketika varian Covid-19 terus berkembang.

Pakar penyakit berjangkit di Hospital Mount Elizabeth Novena, Dr Leong Hoe Nam, berkata: “Kepetingan vaksinasi tidak boleh disangkal.

“Covid-19 masih menimbulkan ancaman ketara kepada individu yang mempunyai risiko berulang Covid berlarutan, dimasukkan ke hospital, mengalami radang paru-paru, kencing manis mellitus, serangan jantung dan angin ahmar.

“Dengan mengambil vaksin yang dikemas kini dan disesuaikan (bagi varian) XBB... ia akan menawarkan perlindungan terbaik.”

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memberi kebenaran bagi penggunaan vaksin Covid-19 Moderna, Spikevax, yang telah dikemas kini untuk individu berusia enam bulan ke atas.

Menurut kenyataan itu, keputusan HSA meluluskan vaksin Spikevax itu merupakan langkah penting untuk memastikan Singapura berwaspada dan dilindungi daripada Covid-19.

Menurut HSA, ia telah menyemak data yang menunjukkan vaksin Spikevax yang dikemas kini itu boleh meningkatkan respon imun terhadap varian utama Omicron yang sedang merebak, termasuk XBB.1.5, EG.5 (Eris) dan BA.2.86 yang baru muncul.

Vaksin Spikevax yang dikemas kini itu berfungsi dengan cara sama seperti vaksin asal, dan terdiri daripada komponen monovalen yang sepadan dengan varian Omicron XBB.1.5.

Ia mempunyai kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang sama, dan HSA menjangka vaksin yang dikemas kini itu akan “mengekalkan keseimbangan antara manfaat dengan risiko (vaksin) yang baik” seperti vaksin asal.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat menyatakan ia menjangkakan vaksin yang telah dikemas kini itu untuk tiba di Singapura menjelang penghujung November.

Ini merupakan vaksin Covid-19 dikemas kini kedua yang dibenarkan HSA selepas vaksin Comirnaty yang dikemas kini oleh Pfizer diluluskan pada 12 September lalu.

Bekalan vaksin itu dijangka tiba mulai akhir Oktober ini.

HSA berkata usaha pengemaskinian secara tetap bagi vaksin Covid-19 yang diluluskan diperlukan untuk memastikan vaksin terus berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >