Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Covid-19 kekal percuma, vaksin baru dibawa masuk akhir Okt

Sep 19, 2023 | 05:42 PM



Formulasi vaksin Covid-19 sedia ada terus memberi perlindungan yang baik kepada individu daripada penyakit yang teruk, sepertimana dibuktikan menerusi kajian, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen pada Selasa. 

Namun, industri farmaseutikal akan terus mengemas kini formulasi vaksin itu bagi mengekalkan keberkesanannya terhadap varian baru.

Pada masa yang sama, Dr Janil menambah, pemerintah tidak mempunyai rancangan mengenakan bayaran bagi vaksinasi Covid-19 kerana ia masih memainkan peranan penting dalam membendung virus ini. 

Ini sedang pemerintah berusaha membawa masuk vaksin Comirnaty yang dikemas kini untuk varian Covid-19 baru, menjelang akhir Oktober. 

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen mengenai vaksinasi Covid-19, termasuk jika Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyemak langkah-langkah pasca-Covid-19 yang sedang dilaksanakan seperti keperluan memakai pelitup. 

Dr Janil berkata varian Covid-19 baru yang muncul, seperti EG.5 dan BA.2.86, telah dilaporkan membawa beberapa mutasi tambahan berbanding varian Omicron sebelumnya.

“Mujur bukti saintifik dan empirikal menunjukkan bahawa formulasi vaksin sedia ada terus memberikan perlindungan yang baik kepada individu daripada penyakit yang teruk,” kata Dr Janil.

“Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 sedang menyemak data vaksin Comirnaty yang dikemas kini dan akan memberikan cadangannya tentang siapa yang patut menerimanya.” 

Beliau menambah, MOH akan berkongsi butiran lanjut apabila aturan operasi untuk vaksin Comirnaty terbaru ditetapkan. 

Buat masa ini, MOH mengesyorkan agar warga emas berusia 60 tahun ke atas, penduduk yang tinggal di kemudahan penjagaan warga emas dan orang yang terdedah dari segi perubatan, terus menerima vaksin yang dikemas kini setahun selepas suntikan penggalak terakhir mereka.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 15 September lalu meluluskan penggunaan vaksin XBB.1.5 monovalen daripada Pfizer untuk mereka yang berusia enam bulan ke atas dan sedang menyemak vaksin XBB.1.5 lain, termasuk Comirnaty yang dikemas kini.

Dr Janil menambah bahawa mereka yang sihat, antara usia 12 dengan 59 tahun, juga mungkin menerima dos tambahan pada 2023, yang kekal percuma di bawah Program Vaksinasi Nasional (NVP).

“Tiada rancangan untuk mengenakan bayaran untuk vaksin Covid-19, kerana vaksin masih memainkan peranan penting dalam mengekang Covid-19,” katanya.

Beliau menjawab soalan yang diajukan di Parlimen daripada Encik Saktiandi Supaat (Bishan-Toa Payoh GRC) tentang berapa lama lagi rakyat Singapura mampu terus mendapatkan suntikan penggalak secara percuma serta soalan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) sama ada strategi vaksin Singapura akan menggabungkan dos penggalak vaksin yang dikemas kini, memandangkan kini terdapat varian baru Covid-19.

Berhubung soalan Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang) mengenai langkah pasca-Covid-19 yang masih dilaksanakan, seperti penggunaan pelitup di persekitaran penjagaan kesihatan, Dr Janil berkata: 

“MOH akan terus memantau situasi penyakit berjangkit yang lebih meluas, menyemak amalan pengawalan penyakit kami dan menyelaraskan pendekatan sewajarnya, di mana diperlukan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >