Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Vaksin Covid-19 yang luput jadi 'insurans' elak lebih banyak bencana, kematian: Ye Kung

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata Singapura memperolehi bekalan berlebihan untuk mengurangkan ketidaktentuan vaksin tertentu yang tidak berkesan, dan kemungkinan rantaian bekalan terganggu. Ini bermakna negara ini harus mempunyai bekalan vaksin yang lebih, dan sebahagian stok akan luput.



Sekitar 15 peratus daripada dos vaksin Covid-19 bernilai $140 juta yang diperolehi Singapura telah luput, kata Encik Ong. Ia adalah kos yang perlu dibayar negara ini bagi mencegah risiko keadaan yang boleh membawa bencana, ujar beliau.



Jumlah itu dijangka meningkat kepada 25 peratus dalam beberapa bulan mendatang, apabila lebih banyak vaksin akan luput, kata Encik Ong di Parlimen pada Selasa.



"Keluputan vaksin yang tidak digunakan merupakan premium insurans - harga yang kita bersedia bayar bagi mengelak risiko keadaan yang boleh membawa bencana," ujar beliau semasa perbahasan mengenai Kertas Putih Covid-19.



Encik Ong menambah bahawa Singapura telah berusaha menderma vaksin lebihan itu namun tidak berjaya kerana terdapat lebihan bekalan di dunia, dengan kemungkinan hingga 500 juta dos sudah luput di serata dunia.



Menurutnya, sebelum vaksin Covid-19 ditawarkan, Singapura memilih melaksana pemutus rantaian jangkitan pada April 2020 bagi mengekang pandemik itu.



"Tempoh pemutus rantaian jangkitan selama dua bulan itu menyebabkan kerugian ekonomi berjumlah $11 bilion. Kita juga membelanjakan hampir lagi $60 bilion bagi dua tahun kewangan untuk mengurangkan cabaran bagi perniagaan dan pekerja, tanpa kira kepahitan dan kesukaran yang harus dihadapi oleh keluarga kita," kata beliau.



Tanpa vaksin, kata Encik Ong, sudah tentu negara ini terpaksa melaksana pemutus rantaian jangkitan semasa gelombang varian Delta dan Omicron pada lewat 2021 dan sepanjang 2022.



"Bagaimanapun, kita tidak perlu melakukannya disebabkan adanya vaksin, kita mendapatkan vaksin awal dan ia melindungi kita. Lebih penting lagi, pendekatan kita mengelak banyak kematian ekoran jangkitan Covid-19 dan melindungi warga Singapura terhadap sebarang keadaan yang mendatangkan bencana."



Menurut Encik Ong, Singapura sengaja memperolehi bekalan berlebihan untuk mengurangkan ketidaktentuan vaksin tertentu yang tidak berkesan dan kemungkinan rantaian bekalan terganggu. Ini bermakna, negara ini harus mempunyai bekalan vaksin yang lebih, dan akan luput.



Kertas Putih itu, yang berdasarkan semakan mantan ketua perkhidmatan awam, Encik Peter Ho, merumuskan strategi vaksin Covid-19 Singapura membuahkan hasil. Sejak dari awal pemerintah mengenal pasti vaksin strategi paling berpotensi dan berusaha menjamin bekalan vaksin, menurut Kertas Putih itu, yang diterbitkan awal bulan ini.



Sehingga 31 Disember tahun lalu, kadar kematian Covid-19 Singapura ialah sekitar 300 kematian bagi setiap juta pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >