Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan bagi golongan 12-15 tahun di S'pura

May 18, 2021 | 07:08 PM



LAMPU hijau sudah diberi bagi mereka yang berusia antara 12 dengan 15 tahun bagi menjalani suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Selasa (18 Mei). 



Mendedahkan demikian di sidang media maya, Encik Ong yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian berkata, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memperluas penggunaan rasminya bagi kumpulan anak muda ini agar mereka boleh menerima suntikan Pfizer-BioNTech.



Keputusan ini disokong jawatankuasa pakar mengenai vaksin Covid-19 di sini, jelas Encik Ong.



"Kedua-dua pasukan (jawatankuasa pakar dan HSA) telah menilai dan membuat keputusan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech ini menunjukkan keberkesanan tinggi dan keselamatan buat peringkat usia ini," kata Encik Ong.



Beliau menambah Kementerian Kesihatan (MOE) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk merancang program vaksinasi bagi kumpulan usia ini dengan lebih banyak keterangan akan dimaklumkan tidak lama lagi.



Pengumuman ini dibuat pada masa sebilangan kanak-kanak sekolah diuji positif Covid-19.



Turut mengulas mengenai isu ini adalah pengarah khidmat perubatan MOH, Profesor Madya Kenneth Mak, yang menyatakan lebih ramai kanak-kanak dijangkiti dengan Covid-19 tahun ini berbanding 2020.



Profesor Mak menambah kanak-kanak kurang berjaga-jaga dan kurang disiplin dalam mematuhi langkah keselamatan. Vaksinasi, katanya, boleh melindungi bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa sekeliling mereka.



Namun, beliau menambah pihak berkuasa belum lagi memutuskan sama ada vaksinasi buat kanak-kanak akan diutamakan dengan keputusan akan dibuat pada tarikh yang akan ditentukan kelak.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pula menekankan bahawa Singapura mempunyai berbilang laluan dalam program vaksinasi termasuk satu daripada yang tertumpu pada sektor pendidikan - guru, kakitangan dan pelajar.



Encik Wong yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian ini menambah golongan guru sudah menjalani vaksinasi bersama pelajar di asrama universiti. 



Pelajar yang ditawarkan suntikan vaksin adalah kerana suasana komunal tempat mereka tinggal yang membawa risiko jangkitan lebih tinggi.



"Justeru, kedua-dua MOH dan MOE kini akan akan melihat vaksinasi sebagai langkah selanjutnya di bawah laluan pendidikan buat kanak-kanak yang bersekolah dengan kami akan memberi butiran terkini apabila masanya sampai," tambah Encik Wong.



Sebelum pengumuman pada Selasa, vaksin Pfizer-BionNTech diluluskan di sini bagi mereka yang berusia 16 tahun ke atas.



Namun, di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan pada 10 Mei lalu memperluas pengesahan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi tujuan darurat, membolehkannya digunakan bagi mereka yang berusia antara 12 dengan 15 tahun.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >