Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi strategi penting bila virus Covid-19 jadi endemik di S'pura: PM Lee

Jun 24, 2021 | 10:25 PM



VAKSINASI adalah strategi penting bagi penduduk Singapura terus hidup bersama endemik Covid-19.



Menjelaskan demikian dalam catatan Facebook pada Khamis (24 Jun), Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata:



"Kita tidak dapat melenyapkan virus endemik tetapi kita boleh menguruskannya seperti flu biasa.



"Vaksin mengurangkan kemungkinan anda dijangkiti Covid-19 walaupun vaksin tidak sepenuhnya mencegah jangkitan. Dan jika anda dijangkiti, vaksin melindungi anda daripada menjadi terlalu sakit dan memerlukan oksigen dan jagaan Unit Jagaan Rapi (ICU)."



Beliau memberi pengamatannya, mengulas pada matlamat pemerintah menjalankan vaksinasi penuh buat dua pertiga penduduknya menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos ini, sebagaimana yang diumumkan dalam sidang media bersama pasukan bertindak berbilang kementerian tentang Covid-19.



Menurut Encik Lee, sejurus lebih ramai orang menjalani vaksinasi, Singapura boleh melonggarkan sekatan Covid-19 dan membuka selanjutnya ekonomi negara ini.



"Setelah mendapat lebih banyak bekalan vaksin, kami akan mempercepat proses vaksinasi secara beransur-ansur. Sila dapatkan suntikan anda secepat mungkin bagi melindungi diri anda dan orang tersayang," tambahnya. 



Encik Lee berharap setiap orang dapat memainkan peranannya agar pada 9 Ogos kelak, Singapura dapat memenuhi sasarannya dan meraikan hari lahir negara ini dengan bangga dan gembira.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >