Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video bagi guru prasekolah kesan tanda penderaan pada kanak-kanak

Oct 02, 2022 | 05:30 AM



APAKAH tanda-tanda seseorang kanak-kanak itu adalah mangsa penderaan?



Apakah keselamatan kanak-kanak itu akan terjejas jika kesnya dilaporkan kepada pihak beruasa? Bagaimana pula jika kes yang disyaki itu tidak betul dan laporan tersebut dianggap sebagai laporan palsu?



Jawapan di atas serta beberapa perkara lain berhubung penderan kanak-kanak terdapat dalam sebuah video yang baru diterbitkan khusus buat guru kanak-kanak pra-sekolah.



Kempen video yang bertujuan membantu dalam pengesanan awal penderaan kanak-kanak itu antara lain menonjolkan tanda-tanda yang perlu diperhatikan oleh guru bagi mengesan apakah murid mereka mangsa penderaan.



Antara tanda-tanda itu ialah kanak-kanak menjadi tidak begitu responsif, tidak bermain bersama kawan-kawannya atau menyentuh kanak-kanak lain secara tidak wajar.



Ia juga menangani kebimbangan yang lazim dihadapi guru berkaitan tindakan membuat laporan berhubung kes suspek penderaan kanak-kanak.



Video itu diterbitkan Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha dengan kerjasama pelajar Politeknik Republic serta sokongan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), Sparkletots, My First Skool, Pra-Sekolah E-Bridge dan Dana Masyarakat Eton House.



Ia akan diedar kepada lebih 1,000 prasekolah dalam rangkaian ECDA.



Video itu dilancarkan oleh Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga anggota lembaga pengarah Casa Raudha, semasa sambutan Hari Kanak-Kanak di Kelab Masyarakat Keat Hong semalam.



Dalam ucapanya di pelancaran itu, Encik Zhulkarnain berkata Casa Raudha, yang ditubuhkan pada 2008, telah membantu lebih 1,000 mangsa penderaan dalam rumah tangga lebih 10 tahun.



Walaupun perkhidmatan utama badan amal itu ialah melindungi wanita, kanak-kanak yang dilindunginya kian bertambah.



Menurut Casa Raudha, pada 2021 lebih separuh kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun yang dimasukkan ke dua pusat perlindungannya mengalami penderaan - bertambah 17 peratus daripada pada 2020.



Pengarah Eksekutifnya, Cik Zaharah Ariff, berkata kes paling biasa dilihat di dua pusat perlindungan itu melibatkan penderaan fizikal, tetapi mereka juga membantu kanak-kanak yang mengalami penderaan dari segi emosi, psikologi dan seksual.



Beliau berkongsi tentang seorang kanak-kanak didera secara emosi oleh bapanya yang menyalahkannya bagi perceraian beliau dan isterinya, hingga membuat kanak-kanak itu mula berfikir untuk membunuh diri.



"Kami melihat penderaan secara menyeluruh. Tidak semua dalam bentuk fizikal, kebanyakannya termasuk emosi, psikologi dan seksual. Dan penderaan tidak dilakukan oleh ibu bapa dan adik-beradik sahaja, bahkan guru sekolah," kata Cik Zaharah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >