Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rezeki Aidilfitri buat kanak-kanak setelah video tular

May 26, 2020 | 12:00 PM



RANGKAIAN restoran makanan segera McDonald's menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri suatu yang istimewa untuk salah seorang peminatnya. 



Susulan video yang tular yang dilaporkan Stomp, perihal seorang kanak-kanak yang begitu tersentuh hatinya apabila mendapat makanan kegemarannya itu.



Video Adam Mohammad Irwan, 9 tahun, yang menunjukkan gelagat beliau menangis apabila ibunya membelikan makanan McDonald's setelah rangkaian restoran itu dibuka semula selepas ditutup selama tiga minggu, telah menyentuh hati netizen di seluruh dunia dengan reaksinya yang mengalir air mata kegembiraan.



Ibu Adam, Cik Wati memberitahu Stomp bahawa alasan "reaksi berlebihan" itu adalah kerana anaknya itu mempunyai masalah autisme dan deria.



Makanan kegemaran pelajar Pathlight School sepanjang masa adalah McNuggets dengan kentang goreng dan Milo ais.



Semasa Hari Raya pertama pada 24 Mei lalu, Adam dan keluarganya menerima satu kejutan, penghantaran khas dari pengurus restoran McDonald's dari cawangan Pioneer Mall, Encik Alan.



"Encik Alan datang pada 12.20 tengah hari Ahad itu dan memberi kami dua Kotak Selamat Berkongsi, dua kotak Ayam Goreng baru mereka, satu burger McSpicy, dua pai kelapa dan tiga minuman," kata Puan Wati.



"Kami semua sedang duduk-duduk ketika kejutan itu datang.



"Adam gembira dan terkejut tetapi bersyukur.



"Saya memberikan Happy Sharing Box dan McSpicy kepada jiran saya untuk menyebarkan cinta."



Cik Wati menambah keluarga masih terkejut melihat video asalnya menjadi tular.



"Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada McDonald's atas sajian Hari Raya ini dan terima kasih kepada mereka yang menghubungi saya di media sosial dengan kata-kata yang baik," katanya.



"Seorang lelaki malah menghantar pesanan peribadi kepada saya di Instagram bahawa dia mahu menghantar sekotak 20 keping nugget kepada kami tetapi saya menolaknya.



"Kita semua merasa sangat diberkati."



Sejak itu Cik Wati telah memulakan saluran YouTube untuk Adam dalam usaha "menyebarkan cinta dan tidak membenci". - Stomp




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >