Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vikram fail usul berkait konflik Israel-Hamas di Parlimen

Oct 24, 2023 | 06:15 PM



Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Encik Vikram Nair, telah memfailkan usulan berkaitan konflik Israel-Hamas bagi sidang Parlimen akan datang.

Usulannya itu disokong dua lagi AP, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Choa Chu Kang) dan Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee).

Bekongsi hal tersebut di media sosial, Encik Zhulkarnain berkata apa yang sedang berlaku di Gaza sangat membimbangkan kepada semua.

Usulan ‘Perpaduan, Keselamatan dan Keamanan’ itu mencadangkan agar Dewan merakamkan ucap takziahnya kepada semua mangsa tidak bersalah dan orang awam yang terkorban; menyokong penghantaran segera bantuan kemanusiaan kepada masyarakat awam di Gaza serta mengutuk mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan pengganasan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Selain itu, ia menggesa agar semua pihak memastikan keselamatan semua orang awam, termasuk kebebasan semua tebusan; menekankan komitmen Singapura terhadap penyelesaian dua negara serta menggesa semua warga Singapura memelihara dan menegakkan keamanan dan keharmonian silang kaum dan agama di sini.

Parlimen dijangka bersidang pada 11.30 pagi, 6 November 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >