Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian Balakrishnan mohon maaf kepada Leong Mun Wai atas komen di Parlimen

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah meminta maaf kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, bagi komen yang dibuatnya di Parlimen kelmarin.



"Saya telah menghubungi Encik Leong Mun Wai hari ini (semalam) untuk meminta maaf bagi komen privet saya kepada seorang rakan di Parlimen semalam (kelmarin).



"Saya tidak setuju dengan (Encik Leong) mengenai isu itu, tetapi saya tidak seharusnya berkata apa yang telah saya katakan. Encik Leong telah menerima permintaan maaf saya," kata Dr Balakrishnan dalam satu pos di Facebook semalam.



Dalam satu perbahasan mengenai dua usul berkenaan pekerjaan dan mata pencarian di Parlimen kelmarin, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng dan Encik Leong telah bertikam lidah setelah Dr Tan menyampaikan ucapannya.



Setelah Encik Leong tampil berucap, kedengaran satu suara yang berkata: "he's illiterate" (dia buta huruf).



Kemudian, semasa Dr Tan dan Encik Leong berbalas hujah, kedengaran lagi suara berkata: "Seriously, how did he get into RI? Must have been a lousy school." (Serius ni, bagaimana dia masuk RI? Mesti sekolah yang tidak bagus).



RI difahami merujuk kepada Institusi Raffles.



Encik Leong berkata beliau menerima panggilan daripada Dr Balakrishnan semalam, dan telah menerima permintaan maafnya.



"Saya juga ingin tahu siapa orang lain yang terlibat dalam perbincangan itu dan mengapa mereka benci institusi yang saya hadiri," kata Encik Leong kepada The Straits Times.



Beliau juga meminta semua orang untuk menggunakan masa dengan lebih baik demi Singapura dan rakyat.



Klip video dengan komen itu telah dikongsi secara meluas di platform media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >