Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian cari rumah untuk satukan keluarga bawah satu bumbung

Jul 03, 2023 | 05:56 PM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata keluarganya mengambil keputusan untuk mencari sebuah rumah bagi menyatukan keluarganya di bawah satu bumbung semasa cucu-cucunya masih kecil.

Dalam kenyataan menterinya di Parlimen pada Isnin, Dr Balakrishnan berkata beliau telah membelanjakan lebih daripada $200,000 ke atas pelbagai kerja pembaikan kepada hartanah itu dan “semua orang akan tahu bahawa semua wang yang dibelanjakan itu tidak akan dapat dikembalikan apabila tempoh sewa tamat”.

“Saya dan isteri saya mempunyai empat anak berusia antara 17 dengan 34 tahun.

“Pada 2018, dua daripada mereka telah berumah tangga dan kami dikurniakan dua cucu dan kami jangkakan lebih ramai akan dilahirkan.

“Kami ambil keputusan untuk menyatukan semua anggota keluarga kami di bawah satu bumbung sedang cucu-cucu kami masih kecil.

“Saya fikir anggota (Parlimen) yang lebih tua boleh menghargai hal ini.

“Dalam usaha melakukan semua ini, kami perlukan persetujuan daripada menantu lelaki dan wanita dan ini bermakna setiap keluarga mereka perlu tinggal dengan anak-anak mereka dalam bilik tidur yang sama. Dan anak-anak saya setuju,” katanya.

Dr Balakrishnan berkata demikian di Parlimen sebagai penjelasan berkaitan sewa hartanah negara oleh beliau serta Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam – masing-masing di 31 dan 26 Ridout Road.

Dr Balakrishnan berkata keluarganya tahu terdapat banyak banglo hitam putih lama di merata Singapura dan sesetengahnya berusia 100 tahun.

Dr Balakrishnan berkata keluarganya melakukan pemeriksaan di laman hartanah negara selain pejabat maklumat, justeru pihaknya mempunyai pengetahuan tentang pasaran hartanah pada masa itu.

Menceritakan bagaimana beliau mendapat tahu tentang banglo itu, Dr Balakrishnan berkata isterinya sedang melawat seorang rakannya apabila terserempak dengan hartanah di 31 Ridout Road itu.

“Isteri saya telah menghubungi talian yang dicatit – Colliers International Consultancy & Valuation (Singapore) Pte Ltd – dan ejen hartanah itu kemudian menunjukkannya beberapa hartanah dalam kawasan itu lalu menyatakan sewanya adalah $19,000. Namun, hartanah itu telah dikosongkan sekian lama,” katanya.

Dr Balakrishnan berkata rumah tersebut agak usang dengan bumbungnya berlubang, sementara lantainya juga berlubang – hingga seseorang boleh melihat tingkat bawah daripada tingkat atas, katanya lagi.

“Tangganya yang diperbuat daripada kayu juga rosak dan berlaku juga infestasi anai-anai.

“.... Saya sedar bahawa pembaikan meluas diperlukan untuk memastikan rumah itu boleh dihuni.

“Terdapat beberapa pokok besar, lampu dan pagar yang tercabut. Sebenarnya, saya sendiri nampak ular di dalam dan luar rumah itu,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau kemudian bersetuju dengan sewa $19,000 itu.

Beliau kemudian membelanjakan lebih daripada $200,000 ke atas pelbagai kerja pembaikan kepada hartanah itu.

“Dan kami juga sedar bahawa semua wang yang dibelanjakan itu tidak akan dikembalikan selepas tamat tempoh sewa.

“Senang kata, kami terima kadar sewa yang diminta serta kerja-kerja (pembaikan) yang terhad oleh ejen pengurusannya,” tambahnya.

Dr Balakrishnan kemudian berkata yang beliau tidak sedar akan dua bidaan awal pada kadar $12,000 dan $5,000 sehinggalah pihak Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menerbitkan laporannya.

Pada 28 Jun, CPIB menerbitkan dapatan siasatannya ke atas penyewaan dua banglo itu.

CPIB berkata ia tidak menemui sebarang bukti rasuah atau salah laku jenayah oleh Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan dalam hal tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >