Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja pembaikan turut dijalan bagi banglo hitam putih lain, bukan banglo Ridout Road sahaja: SLA

Jun 29, 2023 | 06:59 PM



Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah menjalankan kerja pembaikan berjumlah lebih $500,000 ke atas banglo hitam putih lain juga selain banglo hitam putih yang disewa dua menteri di Ridout Road.

Dalam responsnya kepada pertanyaan media pada Khamis, SLA – yang bertanggungjawab bagi pengurusan, pemuliharaan dan penyewaan banglo kolonial itu – memberi contoh kerja pembaikan yang dijalankan pada empat banglo hitam putih lain di Malcolm Road dan Orange Grove Road.

Banglo di Malcolm Road dan Orange Grove Road itu berukuran antara 480.2 meter persegi dengan 742 meter persegi, dengan kerja pembaikan berjumlah antara $408,800 dengan $1.13 juta.

Kerja pembaikan yang dijalankan SLA itu antara lain bertujuan memastikan hartanah negara itu sesuai didiami penyewa.

Analisis turut dijalankan untuk memastikan jumlah sewa yang boleh diterima adalah lebih daripada wajar berbanding kerja yang dijalankan bagi tempoh ia boleh digunakan, yang boleh mencapai 10 tahun atau lebih.

Sebagai contoh, SLA membelanjakan $1.13 juta bagi kerja pembaikan ke atas sebuah hartanah di Malcolm Road yang sebesar 480.2 meter persegi.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembaikan bangunan secara umum, kerja pembaikan struktur, penghapusan asbestos dan lain-lain lagi.

Kerja pembaikan yang dijalankan pada banglo hitam putih di 26 Ridout Road seluas 856.5 meter persegi yang disewakan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Jun 2018 berjumlah $515,400.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembaikan bangunan secara umum, pam air, longkang, jalan raya dan pagar serta pemasangan semula wayar elektrik, kerja hortikultur dan rawatan anai-anai.

Sementara itu, kerja pembaikan yang dijalankan pada banglo hitam putih di 31 Ridout Road seluas 824.3 meter persegi yang disewakan kepada Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada Oktober 2019 berjumlah $570,500.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembaikan bangunan secara umum, bumbung, jalan raya dan pagar serta penggantian tangki air, pemasangan semula wayar elektrik, kerja hortikultur dan rawatan anai-anai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >