Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian lawat Hanoi mulai semalam hingga lusa

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, sedang melakukan lawatan rasmi ke Hanoi, Vietnam, dari semalam hingga lusa.



Lawatan itu dilakukan atas undangan rakan sejawatannya dari Vietnam, Encik Bui Thanh Son.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar semalam, kedua-dua menteri akan menandatangani Perjanjian Mengenai Program Lawatan yang diperbaharui dan Program Eksekutif Pendidikan bagi Pegawai Kanan Parti Komunis Vietnam dari hari ini hingga lusa.



Kedua-dua menteri juga akan membincangkan cara-cara mengembangkan kerjasama dua hala termasuk dalam bidang pemulihan pascaCovid dan ekonomi digital.



Dr Balakrishnan juga akan menemui Presiden Nguyen Xuan Phuc, Perdana Menteri Pham Minh Chinh, Timbalan Perdana Menteri Pham Binh Minh, dan Encik Son.



Encik Son juga akan menjadi hos jamuan tengah hari bagi Dr Balakrishnan.



Dr Balakrishnan juga akan menyampaikan ucapan di pembukaan Dialog Dasar Peringkat Tinggi (HLPD) Mesyuarat Asia Eropah (Asem).



Dialog itu dianjurkan oleh Vietnam sebagai memperingati ulangtahun ke-25 Asem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >