Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian mula lawatan kerja dua hari ke Indonesia

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menemui rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi, di Jakarta, semalam bagi memulakan lawatan kerja dua hari untuk mengesahkan hubungan kukuh antara kededua negara.



Mereka bertemu selama sejam bermula 5.40 petang waktu Singapura sebelum mengadakan satu sidang media bersama.



Awal sebelum itu, Dr Balakrishnan telah memuat naik gambar kuih-muih Indonesia yang diberikan Cik Retno kepada beliau dan rombongan Singapura.



Dr Balakrishnan juga berkata beliau akan menemui Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, "serta beberapa rakan lama yang lain" semasa lawatannya itu.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) kelmarin, lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala yang rapat sedang dua negara itu pulih daripada pandemik Covid-19.



Dr Balakrishnan juga akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan; Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto; Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati; Menteri Perusahaan Milik Negara Erick Thohir; dan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uno, kata MFA.



Dr Balakrishnan juga akan bertemu dengan Gabenor Jakarta Anies Baswedan dan tokoh-tokoh terkemuka Indonesia lainnya, kata MFA lagi.



Kunjungan Dr Balakrishnan ke Indonesia itu diadakan setelah Presiden Indonesia mengusulkan mesyuarat peringkat tinggi pemimpin Asean untuk membincangkan situasi di Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera pada 1 Februari.



Encik Widodo, atau lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, pada 19 Mac lalu menggesa agar keganasan dihentikan dan demokrasi, keamanan dan kestabilan dipulihkan di Myanmar.



Pada 2 Mac lalu, menteri ehwal luar Asean telah menghadiri mesyuarat maya yang dianjurkan oleh Cik Retno untuk membincangkan krisis tersebut.



Sebelum mengunjungi Indonesia, Dr Balakrishnan telah mengunjungi Brunei dan Malaysia.



Di Brunei, beliau telah bertemu dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, serta dijamu makan tengah hari oleh rakan sejawatannya Datuk Erywan Pehin Yusof.



Dr Balakrishnan dan Datuk Erywan telah membincangkan peranan Asean dalam kerjasama serantau di bawah kepimpinan Brunei sebagai pengerusi, dan bersetuju bahawa situasi yang sedang berlangsung di Myanmar sangat membimbangkan.



Di Malaysia, Dr Balakrishnan berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menteri lain.



Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk kerjasama untuk pulih daripada pandemik Covid-19, serta pengiktirafan kedua-dua negara terhadap sijil vaksin bagi membantu dalam perjalanan rentas sempadan pada masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >