Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian temui para pemimpin Australia

Mar 04, 2016 | 10:40 AM



MENTERI Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, mengadakan pertemuan pada Khamis (3 Mac) dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, rakan sejawatannya, Cik Julie Bishop, serta para pegawai lain Australia, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.

Dr Balakrishnan kini dalam rangka lawatan pengenalan dua hari ke Australia, bermula Khamis.

Semasa pertemuan dengan Cik Bishop, mereka melahirkan rasa puas hati dengan pelaksanaan Perkongsian Strategik Menyeluruh (CSP), yang dua negara itu tandatangani Jun tahun lalu, ujar MFA.

CSP bertujuan meningkatkan kerjasama merentasi pelbagai bidang, termasuk ekonomi dan perdagangan, pertahanan dan keselamatan, ehwal luar negeri serta seni dan budaya.

"Mereka juga mengambil perhatian kemajuan baik dalam perbincangan yang sedang berjalan mengenai perjanjian kerjasama pertahanan dipertingkat dan kajian semula Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Australia (Safta)," kata MFA.

Dua pihak itu juga bersetuju meningkatkan kerjasama dalam inovasi, penyelidikan dan pembangunan serta bandar pintar.

Dr Balakrishnan dan Cik Bishop turut mengambil peluang bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau, kata MFA.

Semasa mesyuarat, Dr Balakrishnan juga bertemu menteri dan pegawai lain Australia.

Mereka termasuk Menteri Industri, Inovasi dan Sains Christopher Pyne, Menteri Alam Sekitar Greg Hunt, Setiausaha Kabinet Arthur Sinodinos, Penolong Menteri bagi Bandar dan Transformasi Digital Angus Taylor, dan Timbalan Ketua Pembangkang yang juga Menteri Bayangan bagi Ehwal Luar dan Pembangunan Antarabangsa, Cik Tanya Plibersek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >